iPhone 11 Kini Rasmi – Tampil Dengan Cip Pemproses A13 Bionic & Dijual Pada Harga Bermula Dari RM3399

Penantian sekian lama telah pun berakhir apabila Apple telah memperkenalkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai iPhone 11.

Tampil dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.1″ LCD Liquid Retina Display  memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna. Namun ia tidak disertakan dengan 3D touch.

Lebih menarik, peranti ini dikuasakan oleh Apple A13 Bionic yang merupakan cip pemproses paling berkuasa pada telefon pintar.

Aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila tampil dengan dwi kamera iaitu 12MP (f/1.8)+12MP (f/2.4) bagi kamera belakang. Manakala bagi kamera hadapan pula, ia dihadirkan dengan 12MP.

Menariknya, mod malam turut disertakan pada kamera belakang. Lebih mengujakan apabila kamera hadapan tampil dengan rakaman 4K 60FPS beserta slofie(slow-mo pada kamera hadapan).

Aspek bateri juga tidak mengecewakan apabila ia dikahabarkan lebih tahan lama berbanding iPhone XR. Sistem Face ID turut ditambah baik dan boleh di unlock dengan lebih pantas.

Hadir dengan 6 varian warna iaitu putih, merah, hijau, kuning, hitam dan ungu. Berikut adalah harga bagi peranti ini.

  • 64GB : RM3,399
  • 128GB : RM3,599
  • 256GB : RM4,099

____________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

 

You might also like