iOS 13 Tersedia Bermula 20 September 2019 – Tampil Serba Serbi Baharu

472
- Iklan -

Sedia maklum, pewaris baru Apple iaitu siri iPhone 11 disertakan dengan sistem operasi baharu, iOS 13. Seiring itu, Apple kini mendedahkan bahawa sistem operasi tersebut akan mula ditawarkan kepada pengguna bermula 20 September depan.

Bercakap mengenai iOS 13 – sistem operasi ini dilihat tampil dengan sejumlah kemasan serba baharu yang dilihat pasti memuaskan pengguna. Antaranya : mod gelap, CarPlay Dashboard, kemas kini pada Apple Maps, pembaharuan pada aplikasi kamera, Memoji lebih menarik, penambahbaikan keselamatan dan banyak lagi.

 

Model yang bakal menyokong iOS 13 termasuklah :

  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE
  • iPod touch (7th generation)
- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here