IFA 2019 : LG G8X ThinQ & LG Dual Screen Diperkenal – Serba Serbi Menarik, Penuh Inovasi Hebat

593
- Iklan -

LG Electronics (LG) hari ini melancarkan barisan baru peranti mereka, LG G8XThinQ dan LG Dual Screen dalam acara IFA 2019 yang berlangsung Berlin. Kedua-dua peranti dilihat tampil dengan satu cara baru untuk multitask dan nikmati kandungan bersosial yang tiada tandingan.

 

LG G8XThinQ

LG G8XThinQ membawakan paparan 6.4 inci dengan resolusi FHD+ bersama panel OLED. Enjin dalaman dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 855 dan dibantu memori 6GB RAM serta storan 128GB ( microSD dikembangkan hingga 2TB). Untuk kamera, ia menyertakan sokongan dwi kamera utama dengan lensa : 12MP + 13MP dan kamera hadapan sebesar 32MP. Bateri adalah sebesar 4,000mAh + Quick Charge 3.0 dan sistem operasi – Android 9 Pie. Ia turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin dan tersedia dalam kemasan warna menarik seperti Aurora Black.

 

LG Dual Screen

LG Dual Screen membawakan dua paparan – paparan hadapan membawakan skrin sebesar 6.4 inchi FHD+ dan belakang pula sebagai paparan tambaha adalah bersaiz 2.1 inci Mono. Paparan tambah ini membolehkan pengguna menyemak masa, tarikh, bateri, pemberitahuan dan maklumat lain yang berguna tanpa perlu membuka skrin utama. Lebih menarik, dwi skrin ini menggunakan teknologi 360 Free Stop Hinge yang memaparkan tontonan seperti komputer riba.

Kedua-dua peranti ini mula ditawarkan ke pasaran pada suku keempat. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini. Jangan lupa like dan follow Facebook kami | FACEBOOK 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here