IFA 2019: Lenovo Perkenal Siri Baharu Lenovo Yoga C940 & S740 – Hadir Dengan Pemproses Berkuasa, Alexa & Kawalan Q!!

1348
- Iklan -

Kehangatan IFA 2019 diteruskan apabila Lenovo memperkenalkan beberapa siri terbaharu di dalam bagi siri Lenovo Yoga iaitu Lenovo Yoga C940 dan Yoga S740. Menariknya, kedua-duanya ditawarkan dengan Intel Core generasi kesepuluh. 1 lagi persamaan kedua-dua peranti ini adalah ia menyokong sistem pembantu maya Alexa walaupun dalam keadaan skrin di kunci.

Lenovo Yoga C940

Buat yang tidak mengetahui, ia merupakan model yang ditambah baik bagi versi Yoga C930. Tampil dengan paparan skrin 14 inci / 15 inci dengan resolusi 4K dan Dolby Vission. Ia dikuasakan oleh pemproses sehingga Intel Core i7 generasi ke sepuluh dan dipadankan dengan memori sebesar 16GB dan storan sehingga 1TB. Ia turut dihadirkan dengan sokongan stylus yang terletak di bahagian belakang peranti ini.

Menariknya lagi, ia turut menampilkan soundbar terbina dibahagian engsel yang boleh diputarkan 360 darjah bagi memastikan audio sentiasa menghadap pengguna. Ia turut dihadirkan dengan kawalan Q yang cooling mode yang mampu meningkatkan prestasi dan mengoptimumkan bateri.

Lenovo Yoga S740 

Peranti eksklusif ini tampil dengan skrin bersaiz 14 inci / 15 inci dengan resolusi 4K. Dikuasakan oleh pemproses Intel Core-i7 generasi ke-10, memori sebesar sehingga 16GB LPDDR3 dan storan storan sehingga 1TB dan disertakan dengan audio daripada Dolby Atmos. Turut dihadirkan kawalan Q yang merupakan cooling mode yang mampu membantu meningkatkan prestasi dan menjimatkan bateri.

Harga:

  • Lenovo Yoga C940 (14 inci): GBP 1499 (kira -kira RM7722)
  • Lenovo yoga C940 (15 inci): GBP 1889 (kira-kira RM9732)
  • Lenovo Yoga S740 (14 inci): GBP 899 (kira-kira RM4631)
  • Lenovo Yoga S740 (15 inci): GBP 1399 (kira kira RM7207)

Beli Peranti Lenovo Di:

_____________________________

Artikel Berkaitan:

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here