IFA 2019: HUAWEI Perkenal Cip Pemproses Paling Berkuasa, Kirin 990!!

688

Bersempena dengan IFA 2019 yang sedang berlangsung, HUAWEI tidak melepaskan peluang melancarkan cip pemproses terbaharu mereka yang dikenali sebagai Kirin 990 yang direka berasaskan 7nm EUV. Ia pastinya mampu mempamerkan prestasi menakjubkan.

Kirin 990 ini mengintegrasi sokongan NPU. Jika dilihat dari spesifikasi dalamannya sangat berkuasa apabila ia dihadirkan dengan gabungan 2 teras Cortex-A76 2.86Ghz, 2 teras Cortex-A76 2.36Ghz beserta 4 teras Cortex-A55 1.95Ghz.

Melengkapi penguasaan cip pemproses ini, ia turut dilengkapi dengan ali-G76 GPU dengan 16 teras yang pastinya memberikan grafik yang menakjubkan.

Menariknya ia bakal dihadirkan dalam 2 varian iaitu 4G dan 5G. Bagi 5G ia turut disertakan dengan sokongan SA bagi mendokong rangkaian 5G.

Ia hadir dengan kadar muat turun sehingga 2.3Gbps dan rakaman video yang terbaik.

Dijangkakan, cip pemproses ini bakal disertakan pada siri HUAWEI Mate 30 yang bakal dilancarkan 2 minggu lagi.

____________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here