IFA 2019: HUAWEI Memperkenalkan Warna Baharu HUAWEI P30 Pro – Hadir Dengan Android 10 + EMUI 10

693

HUAWEI sebentar tadi bukan hanya memperkenalkan cip pemproses terbaharunya iaitu Kirin 990, tetapi mereka juga telah memperkenal 2 varian warna baharu peranti HUAWEI P30 Pro iaitu Mystic Blue dan Misty Lavender.

Menariknya, ia memperlihatkan 2 tona warna pada bahagian belakang telefon ini. Jadi masalah cap jari di bahagian belakang kini tiada lagi.

Lebih menarik lagi, mereka turut mendedahkan bahawa ia turut menggunakan sistem operasi baharu iaitu Android 10 dan dipadankan dengan EMUI 10.

Beberapa fungsi baharu akan disertakan pada peranti ini termasuklah Super Night Selfie.

HUAWEI Freebuds 3

HUAWEI juga turut memperkenalkan HUAWEI FreeBuds 3. Buat yang tidak mengetahui ia merupakan aksesori audio pertama yang dihasilkan oleh HUAEWEI yang mana ia dilengkapi dengan cip baharu yang dikenali sebagai Kirin A1.

Ia juga dihadirkan dengan sokongan Noice Cancellation yang mampu memberikan pengalaman audio yang terbaik kepada pengguna.

Ia turut disertakan dengan sistem pengecasan berwayar dan tanpa wayar. terdapat 2 warna bagi peranti ini iaitu Putih dan Hitam.

__________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here