Digi Home Fibre ‘Terbang’ Ke Sabah – Serendah RM89/Bulan Untuk 50Mbps

669

Digi mengukuhkan lagi komitmennya dalam usaha menghubungkan lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negera dengan memperkenalkan Digi Home Fibre di Sabah – dalam usaha menyokong keperluan digital rakyat Sabah yang semakin meningkat.

Dikuasakan oleh rangkaian terbesar di Malaysia, Digi Home Fiber menawarkan kelajuan yang tidak terhad sehingga 1Gbps pada harga bermula dari serendah RM99 sebulan dengan modem percuma dan pemasangan dalam masa dua hari.

Memeriahkan lagi pelancaran ini, Digi memaklumkan pelanggan baru dan sedia ada yang menetap di Sabah boleh menikmati rebat seumur hidup sehingga RM20 apabila memasang pelan Digi Postpaid terpilih dengan Digi Home Fiber.

Melalui pakej ini, Digi Home Fibre ditawarkan hanya bermula dari RM89/bulan untuk 50Mbps dan RM179/bulan untuk 1Gbps. Bagi yang berminat, promosi berlangsung sehingga 30 September 2019. Maklumat lanjut layari, Digi.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here