Black Shark 2 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Jualan Bermula RM2,499

301

Ini ada berita baik buat semua kaki gamer, sebuah lagi peranti gaming yang berkuasa kuda kini di rasmikan untuk pasaran tempatan iaitu  Black Shark 2 Pro yang mana ia bakal dijual pada harga bermula dari RM2,499. Peranti ini dilihat menerima penambahbaikan menarik di samping penawaran reka bentuk lebih mengancam.

Black Shark 2 Pro membawakan paparan bersaiz 6.39 inci AMOLED FHD+ yang pastinya memberikan pengalaman yang menakjubkan. Spesifkasi dalaman juga sangat baik apabila dihadirkan dengan cip pemproses Snapdragon 855 Plus yang sangat berkuasa. Melengkapinya, persediaan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB (berasaskan UFS 3.0).

Untuk tetapan kamera, ia membawakan persediaan dwi kamera utama dengan gabungan lensa : 48MP (f/1.75) (Sony IMX 586) + 13MP (f/2.2) dan kamera hadapan pula adalah 20MP (f/2.0). Persediaan bateri juga tidak mengewakan apabila ia ditanam dengan kapasiti yang besar iaitu 4000mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 27W. Lebih menarik, ia turut disertakan sistem penyejukan – Liquid Cooling 3.0 untuk pengalaman gaming terbaik.

Black Shark 2 Pro tampil dengan tiga pilihan warna menarik dan unik seperti Shadow Black, Iceberg Grey dan Gulf Blue (special edition) – turut disertakan pakej aksesori permainan komprehensif termasuk left-side gamepad and the gamepad stand! Berikut adalah penawaran harga peranti ini untuk pasaran tempatan :

  • Black Shark 2 Pro (8GB + 128GB) – RM2,499
  • Black Shark 2 Pro (12GB + 256GB) – RM2,999

Bagi memeriahkan kedatangan peranti ini, Black Shark telah memilih Shopee sebagai rakan e-dagang eksklusif untuk pelancaran Black Shark 2 Pro – Bagi yang berminat, ketersediaan adalah bermula hari ini.

Bersempena dengan Shopee 9.9 Super Shopping Day, Black Shark bakal mengadakan jualan kilat untuk Black Shark 2 Pro bermula hari ini hingga 12 September 2019! Lebih menarik, nikmati penjimatan berganda apabila anda menggunakan store diskaun RM10 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM1,000! Promosi adalah seperti di bawah :

MODEL

HARGA JUALAN 

PROMOSI PELANCARAN 

Black Shark 2 Pro (8GB + 128GB)

RM2,499

[FREE GIFT] : Black Shark Limited Edition 10,000mAh Power Bank (bernilai RM99)

Black Shark 2 Pro (12GB + 256GB)

RM2,999

[FREE GIFT] : Black Shark Limited Edition 10,000mAh Power Bank (bernilai RM99)

**Klik pada pautan ini nikmati promosi: Shopee

Sebagai alternatif, Black Shark 2 Pro juga tersedia di Maxis, kedai konsep dan pengedar sah Black Shark.  Jangan lupa dapatkan seunit hari ini juga okay! Happy shopping! Eh, si kaki shopping! Korang juga boleh menikmati promosi menarik Black Shark di Lazada tau! Hehe!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here