ASUS VivoBook S14 & S15 Kini Rasmi – Komputer Riba Produktiviti Harga Bermula RM3,199

Komputer riba masa kini tampil lebih moden dan ringan, seperti yang baru sahaja diperkenalkan oleh ASUS – siri VivoBook S14 dan S15 mempunyai reka bentuk yang sangat digemari bagi golongan pemuda pemudi, bahkan pelajar.

Siri VivoBook S14 dan S15 tampil dengan rekaan yang cukup ringan di samping membawa prestasi unggul sama ada kerja atau hiburan. Seperti nama yang diberi, S14 hadir dengan paparan skrin 14 inci, manakala S15 dibekalkan paparan skrin 15.6 inci.

Teknologi NanoEdge Display menawarkan pengalaman menonton yang cukup memberangsangkan, dengan nisbah skrin-ke-kerangka yang mencapai sehingga 88%.

Dikuasakan oleh Intel® Core™ i5-8265U (S15) dan Intel® Core™i7-8565U (S14), serta GPU NVIDIA® GeForce® MX250 (S15) dan Intel® UHD Graphics 620 (S14). Untuk memori pula, S15 dilengkapi DDR4 RAM 4GB dan storan dalaman 512GB PCIe SSD, sementara S14 menyokong DDR4 RAM 8GB dan 512GB PCIe SSD.

VivoBook S15 hadir dengan 5 pilihan warna, antaranya Moss Green, Punk Pink, Cobalt Blue, Transparent Silver atau Gun Metal, manakala S14 hanya mempunyai pilihan Gun Metal dan Transparent Silver sahaja.

Komputer riba ini merupakan siri VivoBook yang pertama menampilkan kamera inframerah (IR) dan Wi Fi 6 (802.11ax), akan dijual pada harga RM3,199 bagi VivoBook S15 dan RM3,899 bagi VivoBook S14.

SPESIFIKASI VIVOBOOK S15
  • Intel® Core i5-8265U Quad-core 1.6GHz dengan Turbo Boost (sehingga 3.9GHz)
  • NVIDIA® GeForce® MX250 with 2GB GDDR5 VRAM
  • Windows 10 Home
  • 15.6″ LED‑backlit FHD (1920 x 1080) / 16:9 nisbah / NanoEdge display (88% nisbah skrin-ke-kerangka) / 178° wide‑view
  • 4GB DDR4 RAM + 1 memory slot (Sehingga 12GB)
  • 512GBPCIe SSD + 1 expansion slot
  • 802.11ac Intel® Wi‑Fi 5 / Bluetooth® 4.2
  • ASUS Sonic Master / Cortana voice recognition / Harman Kardon / ASUS Splendid / ASUS Tru2Life Video / ASUS Audio Wizard
  • 42Wh 3-cell lithium-prismatic battery / 90W power adapter / Pengecasan pantas sehingga 60% (49 minit)
  • Moss Green / Punk Pink / Cobalt Blue / Transparent Silver / Gun Metal
  • 180 x 357.2 x 230.3mm / 1.8kg
  • Harga: RM3,199
SPESIFIKASI VIVOBOOK S14
  • Intel® Core i7-8565U Quad-core 1.8GHz dengan Turbo Boost (sehingga 4.6GHz)
  • Intel® UHD Graphics 620
  • Windows 10 Home
  • 14″ LED‑backlit FHD (1920 x 1080) / 16:9 nisbah / NanoEdge display (86% nisbah skrin-ke-kerangka) / 178° wide‑view
  • 8GB LPDDR3 RAM
  • 512GB PCIe SSD + Intel® Optane
  • 802.11ax Intel® Wi‑Fi 6 Gig+ (802.11ax) / Bluetooth® 5.0
  • ASUS Sonic Master / Cortana voice recognition / Harman Kardon / ASUS Splendid / ASUS Tru2Life Video / ASUS Audio Wizard
  • 47Wh 2-cell lithium-polymer battery / 45W power adapter / Pengecasan pantas sehingga 60% (49 minit)
  • Transparent Silver / Gun Metal
  • 18.0 x 323.3 x 213.7mm / 1.4kg
  • Harga: RM3,899
KOLEKSI GAMBAR SIRI VIVOBOOK S14/S15

 

 

You might also like