Apple Watch Series 5 Diperkenal- Tampil Dengan Ciri ‘Always On Display’ & Dijual Pada Harga Bermula Dari RM1749.

237

Pada Apple Special Event, mereka bukan sahaja memperkenalkan barisan telefon baharu, tetapi turut memperkenalkan jam tangan terbaharu yang dikenali sebagai Apple Watch Series 5.

Secara fiziakalnya, jam tangan ini dihadirkan dengan saiz 40mm dan juga 44mm. Turut dihadirkan dengan binaan seramik dan titanium.

Lebih menarik apabila ia disertakan dengan sokongan Always On display bagi skrinnya. Ini bermakna, skrin jam ini akan sentiasa terpasang. Namun ia masih mampu bertahan sehingga 18 jam.

Beberapa ciri menarik turut dihadirkan pada jam ini antaranya sokongan panggilan kecemasan pada peringkat global.

Ia bakal dijual pada harga bermula dari RM1749.

_______________________

Artikel Berkaitan:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here