Apple Perkenal iPhone 11 Pro & iPhone 11 Pro Max – Tampil Dengan Sistem 3 Kamera & A13 Bionic, Dijual Pada Harga Bermula Dari RM4899

437
- Iklan -

Melengkapi rangkaian mengagumkan dari Apple ialah iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max turut diperkenalkan pada Apple Special Event sebentar tadi. Kedua-dua peranti ini pastinya merupakan peranti raksasa pada rekaan yang elegan.

Dari aspek skrin, iPhone 11 Pro tampil dengan skrin bersaiz 5.8 inci manakala iPhone 11 Pro Max hadir dengan 6.5 inci. Apa yang pasti, kedua-duanya tampil dengan skrin Super Retina XDR beserta rekaan bertakuk.

Cip pemproses kedua-dua peranti ini dihadirkan dengan cip Apple A13 Bionic yang pastinya lebih berkuasa berbanding A12 Bionic. Tidak hairanlah ia dikatakan cip pemproses terpantas pada telefon pintar.

Dari aspek kamera, ia tampil dengan sistem 3 kamera iaitu 12MP + 12MP + 12MP bagi kamera belakang.  Bagi kamera hadapan pula, ia tampil dengan 12MP.

Jika dilihat dari aspek bateri pula, ia telah ditambah baik. iPhone 11 Pro dikatakan mampu bertahan lebih 4 jam berbanding iPhone XS, manakala  iPhone 11 Pro Max memperlihatkan ia mampu bertahan sehingga 5 jam berbanding XS Max. Lebih menarik, ia tampil dengan pengecas pantas 18W.

Berikut adalah harga bagi iPhone 11 Pro Max & iPhone 11 Pro di Malaysia:

iPhone 11 Pro:

  • 64GB : RM 4,899
  • 256GB : RM 5,599
  • 512GB : RM 6,499

iPhone 11 Pro Max:

  • 64GB : RM 5,299
  • 25GGB : RM 5,999
  • 512GB : RM 6,899

 

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here