After 5 Gaming League (A5GL) Kini Kembali – Rebut Hadiah Lumayan Bernilai RM20,000!

Hello guys! Untuk pengetahuan semua, After 5 Gaming League (A5GL) kini kembali! Ia diadakan bersempena dengan ServerDNA 4.0 – sebuah komuniti permainan terbesar di Malaysia. Liga bakal berlangsung pada 28 – 29 September 2019!

Liga ini direka khas untuk semua permua – Bagi yang berminat, korang hanya perlu membentuk kumpulan yang mengandungi enam orang ahli (termasuk simpanan) dan mendaftar pada pautan ini : KLIK DI SINI.

Penyertaan adalah percuma dan tiada batasan umur. Pasukan yang bertanding akan bertungkus lumus merebut hadiah utama yang lumayan – bernilai RM20,000. Setiap sesi permainan akan disiarkan secara langsung (LIVE).

Dua (2) pemenang yang berjaya menungguli tangga teratas bakal berentap di Grand Finals yang bakal diadakan di PVP @ Singapore Comic Con, Marina Bay Sands pada Disember kelak! Join now okay!

You might also like