10 Teknologi Canggih Masa Depan Pada HUAWEI Mate 30 Pro Pasti Buat Korang Terdiam!

803
- Iklan -

HUAWEI nampaknya sekali lagi menarik perhatian ramai menerusi kemunculan siri Mate terbaharu mereka – HUAWEI Mate 30 dan HUAWEI Mate 30 Pro. Melihat dari segi dalaman dan luaran, ia kini tampil lebih elegan dan kontemporari sehingga berjaya menempatkannya di kelas tersendiri.

Kalau korang perasan, HUAWEI Mate 30 Pro nampaknya banyak diselitkan dengan teknologi canggih masa depan yang pasti buat korang terkesima. Sekaligus, berpotenasi besar merubah dan menyajikan kehidupan lebih baik buat pengguna. Untuk posting kali ini, kami bawakan kepada korang untuk usha satu-persatu…

 

1) Tembakan Video Gerak Perlahan Hebat

HUAWEI membawakan sejumlah penambahbaikan ketara untuk siri model Mate terbaru – terutamanya pada tetapan kamera. Kamera utama untuk model kali ini diselitkan dengan sokongan tembakan video gerak perlahan yang menakjubkan – pada tetapan 720P 7680 bingkai sesaat.

 

2) Sensor Imej Tertinggi Di Dunia

Di samping itu, sensor imej juga dikatakan yang paling tinggi di dunia. Kamera utama HUAWEI Mate 30 Pro membawakan gabungan lensa 40MP + 40MP + 8MP + 3D Depth Sensing. Sensor imej  menjangkau ISO 51200. ISO video juga mencecah hingga 51200 – sekaligus membawakan pengalaman fotografi terbaik pada resolusi tertinggi.

 

3) Dwi 40MP Cine Lens Pertama Di Dunia

Kanta Leica 40MP pertama di dunia yang dilengkapi empat pukulan lensa yang sensitif. Dwi sensor utama pada HUAWEI Mate 30 Pro dipadankan dengan lensa sudut lebar dan ultra sudut lebar.  Sememangnya mampu mengubah fotografi ke satu tahap lebih tinggi.

 

4) Kepekaan Tertinggi Sehingga ISO 409600

Kamera utama dilengkapi dengan kepekaan tertinggi dalam industri – menjangkau sehingga ISO 409600 sekaligus gambar terhasil kelihatan lebih tajam dan jelas meskipun pada pencahayaan yang rendah.

 

5) Pemproses Kirin 990 (7nm)

Dikuasakan oleh cip pemproses terbaharu keluaran HUAWEI sendiri iaitu HiSilicon Kirin 990 (7nm) + EUV bagi menyatupadukan Modem 5G (baseband 5G) ke dalam cip SoC.

 

6) Pelbagai Pengecasan Pantas

Selain didatangkan dengan pengecasan pantas 40W, model HUAWEI Mate kali ini juga menyokong pengecasan tanpa wayar – 27W Wireless SuperFast Charger. Teknologi ini dikatakan menerima penambahbaikan yang ketara di mana didakwa 3X lebih pantas berbanding sebelumnya.

 

7) Sistem Side Touch

Penggunaan skrin sisi yang besar membuatkan HUAWEI menempatkan satu butang fizikal pada sisi kanan -butang kuasa. Butang suara digantikan dengan sistem Side Touch – butang maya disesuaikan untuk kedua-dua sisi telefon.

 

8) Lengkungan Luar Biasa

Jika diteliti, rekaan sisi peranti membawakan binaan lengkungan yang unik – dikatakan mengambil inspirasi daripada bentuk air terjun. Sudut lengkungan ini mencecah sehingga 88%. Ditambah dengan bezel yang sangat nipis – korang akan alami pengalaman peranti dengan nisbah skrin yang sangat ‘gila’!

 

9) AI – Gesture Control 

Selain kehebatan sistem side touch, HUAWEI Mate 30 Pro juga diselitkan dengan ciri menarik lain yang dipanggil “AI- Gesture Control” – di mana memboleh pengguna mengawal kandungan pada paparan tanpa perlu menyentuh skrin sama sekali. Pengguna hanya perlu menggenggam tangan berhadapan skrin bagi membuat tangkapan cepat. Seterusnya, swipe jari ke atas dan bawah untuk flip kandungan pada paparan. Nampaknya, ciri ini menjadikan pengguna ‘berinteraksi’ seumpama ahli silap mata! Hebat!

 

10) AI Auto – Rotate

Menerusi teknologi ini lensa 3D di kamera hadapan pada HUAWEI Mate 30 pro mampu menganalisis orientasi mata pengguna bertujuan ‘mengunci’ putaran skrin – bermakna pengguna boleh mengawal paparan dengan hanya menggunakan isyarat tanpa perlu menyentuh. Dengan teknologi ini, kini pengguna tidak perlu lagi menggunakan ciri auto rotate untuk memutar kandungan pada paparan skrin mereka.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here