1 Utama Kini Tanpa Tunai – 1PAY E-Wallet & ONESHOP.com.my Diperkenal

452
- Iklan -

1 Utama kini mengorak langkah dalam memperkenalkan inisiatif berbelanja tanpa tunai (cashless) dengan memperkenalkan aplikasi, 1PAY E-wallet dan platform e-dagang dikenali sebagai ONESHOP.com.my. Acara pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan Malaysia.

Dengan pengenalan ini, 1Utama secara rasminya menjadi perintis dalam usaha membangunkan ekonomi digital untuk terus memajukan arus pembangunan inovasi masyarakat tanpa tunai atau cashless society di pusat beli belah.

1PAY E-wallet adalah kesinambungan daripada program Onecard Privileges yang mana kini dipertingkatkan – dimana pengguna hanya perlu scan dan bayar dengan aplikasi e-Wallet mereka dan pada masa sama, boleh mengumpul mata ganjaran dikenali sebagai Upoints.

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan lain termasuk pilihan untuk menghubungkan dengan kad debit/credit, menerima dan memindahkan wang tunai, baucar hadiah dan banyak lagi.

Sementara itu, ONESHOP.com.my pula memberi peluang kepada 1 Utama untuk berkembang lebih maju dalam pemasaran Omnichannel terutamanya E-Commerce secara global – menggabungkan secara atas talian dengan pengalaman di luar talian.

Bermula hari ini sehingga 19 September 2019, 1 Utama mengadakan roadshow besar-besaran dalam mempromosikan kedua-dua inisiatif baru ini yang berlangsung di LG Oval and Highstreet – Pelbagai aktiviti menarik yang menanti pengunjung di sana!

Di samping itu, orang ramai berpeluang sertai peraduan ONESHOP’S Spend & Win untuk merebut pelbagai ganjaran menarik berupa luggage, pengering rambut eksklusif dan banyak lagi – peraduan berlangsung bermula hari ini hingga 17 November 2019.

Tidak ketinggalan, bermula 27 Oktober hingga 3 Oktober 2019, ONESHOP akan mengambil bahagian dalam jualan atas talian besar-besaran FPX #MYCYBERSALE ASIA yang dianjurkan oleh MDEC dan PIKOM. Maklumat lanjut, layari 1 Utama.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here