Xiaomi Mi 9T Pro Rasmi – Sokong Snapdragon 855, Kamera Utama 48MP & Bateri 4,000 mAh

407

RASMI! RASMI! RASMI! Akhirnya, Xiaomi Mi 9T Pro muncul secara rasmi. Difahamkan, peranti ini muncul sebagai versi global untuk Redmi K20 Pro – menawarkan spesifikasi yang hampir sama.

Xiaomi Mi 9T Pro membawakan skrin bersaiz 6.39” AMOLED FHD+ (2340 x 1080) dengan rekaan pop-up menempatkan kamera swafoto. Peranti ini menggunalkan Corning Gorilla Glass 5 sebagai pelindung utama.

Enjin dalaman dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 855 dan dibantu sokongan pilihan memori hingga 8GB dan storan dalaman hingga 256GB (berasakan UFS 2.1).

Untuk kamera, Xiaomi Mi 9T Pro diperkuatkan dengan persediaan tiga kamera utama : 48MP (main) + 13MP (ultra wide-angle) + 8MP (telephoto). Ia turut didampingi kamera hadapan sebesar 20MP.

Melengkapinya adalah bateri 4,000 mAh dengan pengecasan pantas 27W. Xiaomi Mi 9T Pro dilengkapi pengimbas cap jari pada paparan dan operasi digunakan adalah MIUI 10 berasaskan Android 9 Pie.

Beli Xiaomi Mi 9T di…

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here