Xiaomi Mi 9T Pro Bakal Dilancar Pada 20 Ogos Ini?

264
**********

Peranti terbaharu daripada Xiaomi iaitu Xiaomi Mi 9T pastinya menarik perhatian umum dengan rekaan dan spesifikasinya. Namun masih ramai yang tertanya-tanya bilakah Xiaomi Mi 9T Pro akan dilancarkan?

Dikhabarkan Xiaomi akan melancarkan peranti ini tidak lama lagi. Baru-baru ini mereka telah terdedah bahawa peranti ini akan dilancarkan di Eropah pada 20 Ogos ini dan di Taiwan pada 22 Ogos.

Jika mengikut spesifikasi Redmi K20 Pro, ia bakal tampil dengan saiz skrin yang baik iaitu 6.39 inci AMOLED FHD+ dan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855. Aspek memori juga tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan 8GB RAM.

Kamera juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 48MP dengan kapasiti baterinya adalah sangat baik iaitu 4000mAh. Jadi sama-sama kita nantikan kehadirkan peranti ini!!!

__________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here