Well Done! Tencent Wukong AI Berjaya Mengalahkan Pemain Profesional Dalam Perlawanan Piala Juara Dunia “Honour of Kings”

276
**********

Tencent Wukong AI berjaya mengalahkan pemain profesional dalam perlawanan separuh akhir Piala Juara Dunia “Honour of Kings” (juga dikenali sebagai KCC) baru-baru ini.

Kemenangan ini membuktikan algoritma pembelajaran mesin dari Tencent AI Lab mampu menyelesaikan cabaran yang lebih sukar, di samping keupayaan AI ini merupakan kemajuan penting dalam penerokaan AI strategik dan kolaboratif. Ramai penyelidik AI percaya bahawa pencapaian AI pada masa kelak mungkin akan direka khas dalam permainan strategi yang kompleks.

Bagi yang tidak dikenali, Tencent Honour of Kings atau lebih dikenali sebagai Arena of Valor adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBAs) yang sangat popular, menjadikan ia permainan mudah alih paling laris di seluruh dunia.

Permainan ini sangat mencabar kerana maklumat permainan yang tidak lengkap, bermakna anda tidak menyedari tindakan yang dipilih oleh pemain lain dan terpaksa belajar, menganalisis, memahami, membuat ulasan dan keputusan dalam masa nyata.

Sekiranya anda berminat mencuba sendiri, boleh muat turun permainan ini.

Arena of Valor – Android
Arena of Valor – iOS

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here