vivo S1 Superday Sale Berlangsung Meriah – Sambutan Pengunjung Cukup Hebat

279
**********

Roadshow vivo S1 Superday Sale terima sambutan meriah! Roadshow itu diadakan bersempena memeriahkan lagi kedatangan vivo S1 ke pasaran tempatan – berlangsung di Ground Floor Central Concourse, Central i-City Mall, Shah Alam.

Roadshow ini dilihat membuka peluang kepada pengunjung untuk lebih mendekati dan merasai sendiri pengalaman bersama vivo S1. Selain itu, pengunjung turut berpeluang membeli peranti tersebut dengan pelbagai penawaran hebat yang menarik – 50 pembeli terawal menerima baucar tunai bernilai RM50, Electronic Weight Scale dan speaker eksklusif vivo.

Penyayi, Yazmin Aziz

Tidak hanya terhenti di situ, pengunjung yang datang juga berpeluang melakukan aktiviti menarik yang tersedia khas buat semua – cabutan bertuah, 15 Second Challenge Game, Like, Post & Share Game dan banyak lagi. Orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan oleh penyayi, Yazmin Aziz.

Tersedia dalam dua warna menarik seperti Skyline Blue dan Diamond Black, vivo VS1 dijual pada harga RM1,099 seunit. Bagi yang berminat, anda boleh memilikinya menerusi beberapa saluran berbeza seperti kedai konsep vivo, vivo Official Store, Lazada dan Shopee. Maklumat lanjut, layari vivo Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here