vivo iQOO Pro 5G Diperkenal Kepada Umum Pada 22 Ogos 2019!

723
**********

Kecoh! Kecoh! Dan kecoh! Media sosial kini dibanjiri dengan berita mengenai pengenalan vivo iQoo Pro 5G – dijadualkan bakal muncul secara rasmi pada 22 Ogos 2019 dalam sebuah acara pelancaran di China.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh pihak vivo yang telah mengeluarkan poster penggoda menerusi laman rasmi Weibo mereka. Menarik mengenai versi kali ini, enjin dalaman peranti bakal dikemas kini dengan pemproses berkuasa terbaru iaitu Snapdragon 855+ bagi bersaing dengan peranti gaming sedia ada.

Menurut khabar angin tersebar, model ini berkemungkinan menggunakan nama ‘Plus’ bukan ‘Pro – masih rumors dan belum diketahui kesasihannya. Selain itu, peranti ini juga dikatakan masih mengekalkan ciri-ciri pada vivo iQoo sebelum ini – persediaan tiga kamera utama, 8GB RAM, storan 128GB ROM dan bateri 4,500 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here