Ujian Benchmark Antutu vivo iQOO Pro 5G Muncul – Catat Skor Sebanyak 497,179?!

379

Vivo iQOO Pro 5G dijadualkan diperkenal secara rasmi pada 22 Ogos kelak dalam sebuah acar pelancaran di China. Menjelang pelancaran rasmi, maklumat tertiris mengenainya semakin ligat berlegar di media sosial.

Terbaru, sebuah model baharu vivo dikatakan telah muncul di dalam pangkalan data ujian penanda aras Antutu – kod nama vivo V1916A. Jika diteliti, konfigurasi terdedah pada penyenaraian boleh menjadi model vivo iQOO Pro 5G.

Menurut Antutu, peranti tersebut telah menjaringkan skor sebanyak 497,179 yang mana menjadikannya salah satu peranti dengan skor tertinggi di Antutu setakat ini. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors. Apa agaknya kejutan bakal kita lihat? Sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here