U Mobile, Microsoft Perkenal GoOffice – Pakej Panggilan & Data Tanpa Had Beserta Microsoft Office 365 Serendah RM238/Bulan

307

U Mobile menjalikan kerjasama dengan Microsoft bagi memperkenalkan penawaran terbaru, GoOffice. Ia bermatlamat untuk membolehkan semua perniagaan terutamanya Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) mendigitalkan perniagaan mereka. Lebih menarik, pakej ini didatangkan dengan penawaran panggilan dan data tanpa had berserta aplikasi Microsoft yang unik dan mampu milik.

Ciri-ciri pakej bundle GoOffice adalah seperti berikut:

Microsoft Office 365 untuk Perniagaan
  • Microsoft Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Access (pada komputer sahaja)
  • Kapasiti penyimpanan cloud sebanyak 1TB pada OneDrive
  • Sehingga 15 peranti (telefon pintar, Mac/PC, tablet)
1 x Talian Pascabayar Utama
  • Suara dan data tanpa had
  • 4GB data Roam-Onz – membolehkan perantauan data di 12 destinasi
  • 20GB untuk hotspot
2 x Talian Pascabayar Tambahan
  • Suara tanpa had
  • 6GB data berkelajuan tinggi
  • 500MB data Roam-Onz – membolehkan perantauan data di 12 destinasi
  • Waze Tanpa Had

Pakej ini ditawarkan pada harga serendah RM238/bulan untuk satu talian utama diikuti dua talian tambahan. Seterusnya, pemilik perniagaan boleh menambahkan talian tambahan serta pelbagai lesen Microsoft Office 365 lain dengan harga RM45 untuk setiap talian. Maklumat lanjut, layari U Mobile GoOffice.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here