Kestabilan Internet sentiasa menjadi isu di kalangan orang ramai, ada sahaja tempat atau sudut tertentu yang lemah rangkaian dengan kata lain weak coverage walaupun terdapat WiFi di rumah.

Inilah masalah yang memang tidak boleh diterima! Apa boleh buat?! Buat aduan? Tukar servis lain? Still the same…

Aha…usah pening sangat! Linksys Velop Whole Home WiFi sedia membantu! Ia merupakan router yang mampu menjamin rangkaian WiFi berprestasi tinggi dengan menggunakan teknologi Intelligent Mesh™ Velop, yang mana lebih memfokuskan kekuatan rangkaian WiFi berdasarkan lokasi semasa anda di dalam rumah.

Rekaan Velop yang ringkas dan moden sesuai dijadikan alat perhiasan rumah, tambahan lagi ukurannya yang sederhana sesuai diletakkan di mana-mana ruangan rumah.

Okay, bagaimana berfungsi alat ini? Jom ikuti kami dalam tutorial seterusnya.

(**Model reviu adalah AC2600 Velop Dual-Band)

 

Cara Sambungan Linksys Velop

▲ Pertama, putuskan (unplug) sambungan router sedia ada di rumah dan kabel Internet yang disambung dari router ke modem. Kemudian sambungkan kabel Internet Cat 5E pada Velop dan modem, serta kabel kuasa.

▲ Seterusnya ON palam kuasa dan butang ON/OFF di bawah Velop, lampu biru akan bernyala. Sekarang hanya tinggal tetapan di dalam aplikasi Linksys Velop.

 

Tetapan Aplikasi Linksys App

▲ Muat turun aplikasi < Linksys > di Android l iOS

▲ Lakukan tetapan mengikut langkah dalam aplikasi, sehingga peranti meminta anda sambung ke WiFi Velop.

▲ Di sini anda perlu pergi ke tetapan peranti pintar, klik Settings → WiFi, cari nama Velop dengan masukkan kata laluan yang terdapat di bawah peranti.

▲ Seterusnya kembali ke aplikasi dan tunggu Internet disambungkan, paparan akan menunjukkan peranti anda dalam keadaan Offline. Apa yang anda perlu buat di sini, klik menu di sebelah kiri dan pilih【 Advanced Settings 】→【 Internet Settings 】.

▲ Di ruangan【 Connection Type 】pilih【 PPPoE 】dan masukkan WiFi Username, kata laluan dan VLAN ID mengikut jenis rangkaian yang digunakan seperti berikut:

  • Unifi (Home & Commercial) – 500
  • Maxis (Home) – 621
  • Maxis (Commercial) – 11
  • com – N/A

▲ Menunggu Velop untuk lengkapkan sambungan rangkaian, done! Kini Velop anda berada pada mod Online!

Sekiranya ingin menguatkan lagi rangkaian Internet di kawasan lain, anda boleh tambahkan satu lagi Linksys Velop dengan cara mudah sahaja!

 

▲ Sambungkan Velop yang kedua, buka aplikasi【 Linksys 】, pilih【 Set Up a New Product 】dan lakukan tetapan mengikut langkah yang diberikan. Tetapan ini mengambil kira-kira 3 minit untuk sambungkan ke rangkaian, berjaya!

▲ Nama router boleh ditukar supaya lebih memudahkan anda mengesan sambungan rangkaian Velop pada prestasi yang memuaskan.

 

Before & After: WiFi Signal Velop

 

Selain Linksys Velop AC2600, terdapat juga pilihan lain dan salah satunya adalah AC2200 yang mempunyai kuasa liputan isyarat yang lebih luas mencapai sehingga 2000 kaki persegi.

Tambahan lagi, ia menggunakan sistem Mesh WiFi Tri-Band sekaligus menjaminkan kelajuan rangkaian dalam prestasi terunggul.

Korang boleh beli Linksys Velop di pautan berikut:

 

【 Video Tutorial: Langkah Ringkas Menggunakan Linksys Velop 】

**Jangan lupa sertai peraduan eRing x Velop yang akan bermula esok, 27 Ogos ~ 02 September 2019! >> Peraduan FB: Menangi Linksys Velop

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here