[TERTIRIS] : Redmi Note 8 Pro Bakal Dilengkapi Sistem Penyejukan Cecair & Bateri Berkapasiti 4,500 mAh

921

Pendatang baru Redmi iaitu Redmi Note 8 nampaknya terus menjadi perhatian ramai sepanjang minggu ini. Makin hari semakin banyak maklumat mengenai butiran utama peranti dikongsi menerusi media sosial.

Terbaru, Redmi 8 Pro dikatakan bakal dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair – mengurangkan suhu peranti sebanyak 4 hingga 6 darjah berbanding model lain. Ia secara tidak langsung membolehkan pengguna bermain permainan mudah alih untuk masa yang lama tanpa perlu risau tentang masalah panas pada peranti.

Bukan itu sahaja, bahkan laman rasmi Weibo Redmi turut berkongsi penggoda yang memaparkan siri Redmi Note 8 bakal dilengkapi sokongan untuk aksesori permainan. Selain itu, maklumat mengenai kapasiti bateri Redmi 8 Pro turut terdedah – didatangkan dengan kapasiti sebesar 4,500 mAh.

Sedia maklum, siri Redmi 8 disahkan bakal dilengkapi cipset MediaTek Helio G90T. Sehubungan dengan itu, Pengurus Besar Redmi iaitu Lu Weibing telah berkongsi statistik AnTuTu yang mendedahkan bahawa cipset MediaTek Helio G90T berjaya mengatasi cipset Snapdragon 710.

______________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here