[TERTIRIS ] : Realme XT Kini Diperlihatkan – Sokongan Kamera Utama 64MP

502

Terdahulu, Realme telah mendedahkan bahawa mereka bakal muncul dengan peranti bersama sokongan 64MP di bawah nama Realme XT – dijangka muncul penghujung September.

Mengejutkan apabila rekaan peranti berkenaan kini diperlihatkan. Realme XT dilihat membawakan sokongan empat kamera utama yang disusun menegak – dijangka dibina dengan lensa tambahan seperti ultra-lebar, makro dan kedalaman.

Paling menarik perhatian, tiada pengimbas cap jari fizikal pada belakang peranti – ramai berspekulasi ia akan datang dengan sensor optik di bawah paparan.

Memetik sumber, beberapa spesifikasi utama peranti juga dikatakan telah tertiris. Realme XT mungkin membawakan sejumlah penambahbaikan dari segi chipset, kamera utama, memori dan persediaan skrin yang lebih baik. Sensor kamera utama 64MP adalah peningkatan paling terbesar.

[SUMBER] , [SUMBER 1]

_________________________

Artikel Anda Berminat: