Tarikh Pelancaran Redmi Note 8 & Note 8 Pro Terdedah – Bakal Diperkenal Pada 29 Ogos 2019?

367

Peranti yang ditunggu-tunggu nampaknya bakal tiba! Tarikh pelancaran pendatang baru Redmi iaitu Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro kini terdedah – bakal diperkenalkan pada 29 Ogos 2019 dalam sebuah acara pelancaran berlangsung di China.

Perkara ini dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun menerusi sebuah poster penggoda di laman Weibo. Poster tersebut juga mendedahkan peranti ini didatangkan dengan sokongan empat kamera utama dan salah satu daripadanya menyokong sensor 64MP. Jika diteliti, terdapat sokongan pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat pada belakang peranti.

Pun begitu, maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh peranti masih belum dikongsi. Pasti redmi punyai kejutan tersendiri buat peminat setia! Jadi, sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here