Taiwan Excellence E-sports Cup, Predator Anjur Pertandingan Peringkat Kelayakan LAN Ke-9

289

Seramai 32 pasukan dan lebih kurang 200 peserta telah menyertai pertandingan peringkat kelayakan LAN ke-9 untuk Taiwan Excellence Esports Cup (TEEC) yang diadakan baru-baru ini. Pasukan terlibat bersaing dalam tiga acara gaming iaitu : Counter-Strike: Global Offensive (CS: GO), DotA 2 dan League of Legends.

Selain itu, para pengunjung yang tidak terlihat dalam pertandingan rasmi pula ‘dihidangkan’ dengan perlawanan DotA 2-1v1 yang menghiburkan. Kriteria tertentu untuk penentuan pemenang termasuk first kill, menara pertama yang diambil dan banyak lagi.

Tarikan utama pada acara ini adalah pameran komputer riba Predator Triton 900 – dilengkapi dengan paparan putar 360 darjah. Dijual pada harga RM 15,999, ia dibina dengan prosesor Intel-Core i7 generasi ke-9, kad grafik Nvidia RTX 2080, 32GB RAM DDR4 dan paparan LCD 4K IPS. Para pengunjung sanggup beratur panjang semata-mata mahu menikmati pengalaman menggunakan komputer riba ini.

Pusingan akhir kelakakan LAN akan diadakan pada 7 September kelak bertempat di Battle Arena, Kuala Lumpur. Seterusnya, perlawanan akhir pula akan diadakan di Berjaya Times Square bermula 11 -13 Oktober 2019.

Pemenang tempat pertama CS: GO, DotA 2 dan League of Legends berpeluang memenangi RM10,000. Pasukan yang menjuarai kategori CS: GO bakal menerima tiket emas ke Taiwan bagi meneruskan pertarungan mereka dengan peserta dari empat negara lain termasuk Taiwan, Thailand, Filipina dan India bagi merebut hadiah utama bernilai US$2,000.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here