Spesifikasi Utama Realme 5 & Realme 5 Pro Bocor – Beri Gambaran Lebih Dekat Apa Ada Pada Peranti

610
**********

Realme nampaknya terus menjadi topik perbualan sepanjang minggu ini. Syarikat itu bakal memperkenalkan siri Realme 5 pada 20 Ogos kelak – dijangka hadir dalam dua versi iaitu Realme 5 dan Realme 5 Pro.

Kita sedia maklum, model kali ini bakal didatangkan dengan persediaan empat kamera utama – kebocoran terkini mendedahkan butiran lanjut mengenai peranti. Memetik beberapa sumber, kedua-duanya dijangka dibina dengan saiz skrin yang sama iaitu 6.5 inci tetapi resolusi yang berbeza – Realme 5 sokong HD+ manakala Realme 5 Pro pula sokong FHD+.

Seterusnya, Realme 5 dijangkakan menyertakan pengimbas cap jari fizikal yang dipasang pada panel belakang. Realme 5 Pro pula mungkin membawakan paparan AMOLED bersama pengimbas cap jari dalam paparan. Tambah sumber, Realme 5 bakal didatangkan dengan cip pemproses Snapdragon 665, manakala Realme 5 Pro pula dijangka dibina dengan Snapdragon 712.

Untuk jambatan kamera, sumber mendedahkan lensa 48MP pada Realme 5 Pro bakal dilengkapi aperture f/1.8 dan saiz piksel 1.25 mikron. Untuk lensa sudut lebar pula, ia dijangka didatangkan dengan sudut pandangan sehingga 119 darjah.

Walau bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui sejauh mana kesasihannya. Jadi sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here