Sony Xperia 1 Ditawarkan Pada Harga RM4,299 – Sesi Pra-Tempahan Bermula 24 Ogos 2019!

975
- Iklan -

OH YES! Sony Xperia 1 kini ditawarkan untuk pasaran tempatan – Harga jualan adalah RM4,299! Bagi yang berminat, sesi pra tempahan akan dibuka bermula 24 Ogos 2019 [ESOK] hingga 6 Oktober 2019 – menerusi beberapa saluran termasuk Sony Stores, Sony Store Online dan Sony Centre tepilih di seluruh Malaysia.

Setiap pra- tempahan didatangkan dengan sejumlah hadiah eksklusif berupa Sony WH-1000XM3 wireless Noise-Cancelling Headphones (bernilai RM1,599) – sementara stok masih ada. Sony Xperia 1 muncul secara rasmi di Sony Expo 2019 yang akan berlangsung di Centre Court, Mid Valley pada 30 Ogos kelak!

Sony Xperia 1 didatangkan dengan paparan bersaiz 6.5 inci 4K OLED dengan sokongan nisbah 21:9 CinemaWide – terdapat sokongan kualiti audio kelas tinggi seperti Dolby Atmos. Enjin dalaman dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855 dan dibantu RAM 6GB dan 128GB ROM.

Untuk tetapan kamera, ia membawakan kamera utama dengan sokongan lensa 12MP (f/1.6) + 12MP (f/2.4) + 12MP (f/2.4) ( 2x optical zoom & wide angle lens) . Kamera hadapan pula adalah sebesar 8MP (f/2.0). Melengkapinya juga, bateri sebesar 3,300 mAh. Peranti ini didatangkan dengan 3 kemasan warna menarik iaitu Black, Purple dan Grey.

JOM PRA-TEMPAH SONY XPERIA 1 >> https://bit.ly/2MxOc8U

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here