Sony WF-1000XM3 Wireless Noise Cancelling Headphones Kini Rasmi – Harga Jualan RM949!

710
- Iklan -

Sony kini memperkenalkan generasi terbaharu untuk segmen headphone keluaran mereka dikenali sebagai Sony WF-1000XM3 Wireless Noise Cancelling Headphones. Dari aspek fizikal, WF-1000XM3 tampil dengan binaan tanpa wayar dan sangat ringan – turut disertakan dengan cip Bluetooth.

Selain itu, ia turut memberikan keselesaan kepada pengguna dengan rekaan ‘ergonomic tri-hold’ di mana hadir dengan 4 saiz hybrid earbuds dan 3 saiz bagi triple comfort earbuds. Jadi anda boleh memilih yang mana selesa untuk kegunaan anda.

Lebih menarik, WF-1000XM3 juga mampu memberikan bunyi terbaik tanpa hingar (noise) kerana ia disertakan Dual Noise Sensor yang boleh beroperasi dengan HD Noise Canceling Processor QN1e. Ia juga dibina dengan teknologi Digital Sound Enhancement zengine HX (DSEE HX) bertujuan memberikan pengalaman audio terbaik dengan resolusi yang tinggi.

Untuk ketahanan, ia didakwa mampu bertahan sehingga 24jam. Menariknya lagi, ia boleh di cas menerusi bekas simpanannya – Dengan pengecasan 10 minit mampu memberikan ketahanan sehingga 90 minit. WF-1000XM3 juga boleh dioptimumkan untuk Google Assistent – boleh dikawal hanya menggunakan ‘kuasa’ suara sahaja.

Bagi yang berminat, WF-1000XM3 ditawarkan untuk pasaran tempatan dengan tanda harga RM949! Ia bakal tersedia di Sony stores di KLCC dan The Curve Serta Sony Store online dan di mana- mana pengedar yang sah. Maklumat lanjut, layari Sony Malaysia. Kepada kaki shopping online, jom beli barangan Sony menerusi : Shopee| Lazada.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here