Sony Perkenal WH-XB900N Extra Bass Headphones – Harga Jualan RM999

432
**********

Halu! Halu! Sony kini hadir dengan satu lagi ahli baru di bawah barisan fon kepala keluaran mereka iaitu Sony WH-XB900N Extra Bass Headphones. Fon kepala ini mempunyai gaya yang berbeza dan dibina dengan teknologi pembatalan bunyi digital – rekaan juga selesa di telinga pendengar.

Fon kepala ini menawarkan jangka hayat bateri sehingga 30 jam masa main semula dengan sekali cas. Lebih menarik, ia juga membawakan fungsi pengecasan pantas – satu jam main semula dengn hanya 10 minit mengecas.

Selain itu, ia juga menyokong fungsi Siri, Alexa dan Pembantu Google – bagi membolehkan bantuan dilakukan dengan kawalan suara sahaja. Fon kepala ini mempunyai butang tersuai yang boleh digunakan untuk mengaktifkan pembantu suara.

Bagi yang berminat, Sony WH-XB900N Extra Bass Headphones ditawarkan pada harga RM999 untuk seunit – boleh didapati menerusi beberapa saluran berbeza seperti Sony Stores, pengedar sah di seluruh Malaysia serta rakan e-dagang Lazada.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here