Skor DxOMark Mencapai 113 – Samsung Galaxy Note 10+ 5G Menjadi Peranti Terbaik Di Pasaran!

278
**********

Topik hangat dalam 2 minggu ini tidak terkecuali dari pelancaran siri Samsung Galaxy Note, dan kini ujian penanda aras prestasi kamera terkenal DxOMark telah mengumumkan skor bagi Galaxy Note 10+ 5G.

Kedudukan pertama dengan skor 112 oleh HUAWEI P30 Pro kini telah “dirampas” oleh Galaxy Note 10+ 5G dengan skor 113, menjadi peranti terbaik di pasaran buat masa kini.

Bagi bahagian kamera swafoto, Galaxy Note 10+ 5G mencapai skor 99 dan berjaya mendahului ASUS ZenFone 6 yang sebelum ini berada di tangga pertama dengan skor 98. Menurut DxOMark, Note 10+ 5G berjaya mendapat skor 118 bagi kemampuan kamera dan skor 101 untuk rakaman video.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here