Siri Samsung Galaxy Note 10 Rasmi – Tampil Lebih Moden Dengan Penambahbaikan Serba Baharu

279

Buat peminat setia siri Samsung Galaxy Note, kehadiran pendatang baharu Samsung iaitu Samsung Galaxy Note 10 adalah pelancaran yang amat ditunggu-tunggu. Model ini tidak hanya menerima wajah serba baharu, bahkan ia turut dinaiktaraf dengan penambahbaikan yang menjadikannya lebih bergaya dan moden. Pun begitu, tiada lagi persediaan bicu audio 3.5mm.

 

SAMSUNG GALAXY NOTE 10

Samsung Galaxy Note 10 dibina menggunakan skrin bersaiz 6.3″ FHD+ Dynamic AMOLED bersama rekaan Cinematic Infinity Display. Enjin dalaman dikuasakan oleh pemproses Exynos 9825 dan dibantu persediaan memori sebesar 8GB RAM serta storan dalaman 256GB ROM (berasaskan UFS3.0).

 

Untuk kamera, ia membawakan persediaan kamera utama dengan gabungan 12MP + 16MP + 12MP. Kamera swafoto pula sebesar 10MP (f/2.2). Kapasiti bateri adalah sebesar 3,500 mAh (USB-C) dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Lebih menarik, ia turut menawarkan sokongan pengecasan tanpa wayar 20W.

Samsung Galaxy Note 10 turut menggunakan sokongan pengimbas cap jari Ultrasonik dan menyertakan penambahbaikan pada fungsi S Pen – termasuk penggunaan untuk kamera, melakukan zoom dan banyak lagi.

 

SAMSUNG GALAXY NOTE 10+

Samsung Galaxy Note 10+ puka hadir dengan saiz badan lebih besar. Paparan skrin adalah bersaiz 6.8″ QHD+ Dynamic AMOLED bersama rekaan Cinematic Infinity Display. Ia juga dijana oleh cip pemproses Exynos 9825 serta diselitkan memori 12GB RAM dan pilihan storan dalaman 256GB/512GB ROM – boleh dikembangkan sehingga 1TB. Bateri sebesar 4,300 mAh disertakan dengan pengecasan pantas sehingga 45W – turut menawarkan sokongan pengecasan tanpa wayar 20W.

Bagi konfigurasi kamera, model ini turut menyertakan persediaan empat kamera utama : 16MP (Ultra Wide Camera) +12MP (Wide-angle) + 12MP (Telephoto) beserta sensor 3D depth dan kamera depan 10MP. Tidak ketinggalan, ia juga membawakan sokongan pengimbas cap jari Ultrasonik dan menyertakan sejumlah fungsi baharu pada sokongan S Pen termasuk penggunaan untuk kamera, melakukan zoom dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+ dijual di pasaran tempatan pada harga berikut :

  • Samsung Galaxy Note 10 (256GB) – RM3,699
  • Samsung Galaxy Note 10+ (256GB) – RM4,199
  • Samsung Galaxy Note 10+ (512GB) – RM4,799

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here