Semak Tekanan Darah Anda Menerusi Video Swafoto?

244
- Iklan -

Sudah menjadi lumrah hidup berkerjaya pastinya membuatkan anda sukar meluangkan masa untuk ke klinik atau hospital untuk melakukan semakan kesihatan. Tidak banyak peranti yang dihadirkan dengan pengimbas nadi terbina bagi memudahkan anda menyemak tahap kesihatan anda.

Namun menariknya, dalam satu kajian daripada University of Toronto menyatakan bahawa anda bakal boleh menyemak tekanan darah  menerusi video swafoto. Analisis ini dikatakan 95% ketepatan dan mengambil masa hanya selama 30 saat.

Aplikasi tersebut menggunakan Transdermal Optical Imaging (TOI) yang merakam cahaya yang menembusi lapisan luar kulit untuk melihat perubahan aliran darah pada wajah anda.

Menariknya, bacaan Diastolik, Sistolik dan tekanan nadi dapat dianalisis oleh algoritma. Sistem ini masih lagi berada pada peringkat pembangunan dan belum bersedia, namun ia menjadi titik perubahan kepada industri kesihatan. Jadi sama-sama kita nanti perkembangan teknologi ini.

 

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here