Samsung Perkenal Galaxy Watch Active2 Under Armour Edition – Lebih Elegan Dengan Ciri Canggih!

453
- Iklan -

Pada acara Samsung Galaxy Unpacked 2019, Samsung turut memperkenalkan Samsung Galaxy Watch Active2 Under Armour Edition – penambahan kepada segmen jam pintar keluaran mereka. Jam pintar ini dicipta untuk mereka yang mengutamakan pemantauan tahap kecergasan harian. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat sesuai untuk digayakan untuk penggunaan biasa.

Jika diteliti, jam pintar ini masih membawakan sejumlah ciri yang sama dengan Samsung Galaxy Watch Active2. Ia didatangkan dalam dua pilihan saiz – 40mm & 44mm. Model 40mm dibina dengan skrin bersaiz 1.2 inci dan kapasiti bateri sebesar 247mAh. Manakala, model 44mm pula membawakan paparan sebesar 1.4 inci dan membawakan bateri 340mAh.

Kedua-dua model dijana oleh pemproses Exynos 9110 Dual core 1.15 GHz dengan sokongan memori 768MB serta storan 4GB. Selain itu, ia turut menyertakan sokongan menarik lain seperti reka bentuk tahan air, GPS terbina, sensor elektrokardiogram (ECG) dan sentuhan untuk navigasi sistem pengendalian OS Tizen Samsung.

Pun begitu, Galaxy Watch Active2 Under Armour Edition tidak didatangkan dengan pilihan versi LTE. Sebaliknya, ia dilengkapi aplikasi MapMyRun Under Armor secara terbina – terdapat penawaran istimewa enam bulan keahlian secara percuma. Ia juga berkeupayaan untuk menyambung ke kasut Hovr Under Armor secara sambungan digital untuk pengalaman bersukan lebih sempurna. Untuk maklumat lanjut, layari Samsung Malaysia.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here