Samsung muncul dengan satu lagi ahli baru dibawah siri Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A10s – peranti dengan prestasi berkuasa dan fungsi yang dioptimumkan untuk era komunikasi baru.
Samsung Galaxy A10s dibina dengan skrin bersaiz 6.2 inci HD+ (720×1520) dengan sokongan paparan bertakuk kecil Infinity-V. Peranti ini dibekalkan dengan memori sebesar 2GB RAM dan storan 32GB (terdapat sokongan MicroSD sehingga 512GB).
Peranti ini mempunyai dimensi 156.9mm x 75.8mm x 2.8mm bersama berat 168g. Bateri disertakan adalah berkapasiti 4,000 mAh dan terdapat persediaan pengimbas cap jari fizikal pada bahagian belakang peranti.
Untuk persediaan kamera, ia membawakan sokongan dwi-kamera utama dengan lensa 13MP (f/1.8) (main) + 2MP (f/2.4) (depth). Untuk kamera selfie pula sebesar 8MP (f/2.0). Sistem operasi digunakan adalah Android 9 pie dan tersedia dalam empat warna menarik seperti Blue, Green, Red dan Black.
[SAMSUNG]