Saksikan 5 Pemain Malaysia Bertarung Merebut Kejuaraan The International Dota 2 Championships PUBSTOMP 2019!

594

Buat peminat permainan Dota 2, anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan pertarungan merebut Kejuaraan The International Dota 2 Championships PUBSTOMP 2019.

Anda boleh melihat secara live streaming di Sunway Velocity dari 23 – 25 Ogos 2019 dari jam 10 pagi sehingga 9 malam. 18 pasukan dari seluruh pelusuk negara bertanding merebut hadiah perlawanan yang bernilai sehingga USD 33.78 juta.

Menariknya, pemain Malaysia turut menyertai pertarungan ini iaitu MidOne (Team Secret), xNova (PSG. LGD), NaNa (Mineski), Ah Fu (Royal Never Give Up) dan vtFaded (Chaos Esport Club). Keterujaan ini ekoran daripada kejayaan pemain Malaysia merangkul Kejuaraan pada tahun 2012.

Di samping itu, pengunjung yang hadir menyaksikan pertarungan ini secara live streaming di Sunway Velocity – anda turut berpeluang menyertai sesi cabutan bertuah, bertemu Pemain profesional, penampilan cos player dan banyak lagi.

Lebih mengujakan buat pengunjung, Garnier Men yang merupakan sponsor utama akan melakukan cabutan bertuah yang mana pemenang bertuah akan membawa pulang ASUS ROG Phone.

Garnier Men turut memberikan tawaran diskaun 15% bagi pembelian produk Garnier Men di Lazada dari 23 hingga 25 Ogos ini. Jadi apa tunggu lagi!! Datang beramai-ramai meriahkan acara ini. Jumpa anda di sana!

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here