SAH! Sony Xperia 1 Bakal Menjelang Pasaran Malaysia!

549
**********

Bagi peminat setia Sony, ketibaan Xperia 1 ke pasaran tempatan tentunya satu berita yang amat baik dan mengembirakan buat anda semua.

Xperia 1 merupakan peranti flagship yang tampil lebih premium dan menyasar pada kelas atasan, ia diperkenalkan pada MWC 2019 dengan sebilangan ciri-ciri menarik termasuk paparan skrin 6.5 inci dengan panel 4K OLED yang menyokong nisbah 21:9 CinemaWide, mampu memberikan pengalaman menonton yang cukup menakjubkan.

Tambahan lagi sokongan cip Snapdragon 855, memori 6GB RAM dan128GB ROM, bateri 3,300mAh bersama pengecasan pantas, pengimbas cap jari serta konfigurasi kamera 12MP (f/1.6) + 12MP (f/2.4) + 12MP (f/2.4) Super wide-angle bersama kamera swafoto 8MP (f/2.0) turut melengkapkan peranti ini.

[ Pra-Tempahan Sony Xperia 1 Mencecah RM4,500 Di UK?! ]

Buat masa kini masih tidak diketahui tarikh rasmi dan harga jualan Xperia 1, namun boleh dipercayai ia akan diperkenalkan tidak lama lagi.

[ SUMBER ]

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here