Samsung baru sahaja melancarkan peranti perdana terbaharunya iaitu Samsung Galaxy Note 10+. Rekaan dan spesifikasi Peranti ini dikhabarkan antara peranti yang terbaik di pasaran pada ketika ini. Namun benar atau tidak jom kita lihat reviu peranti ini!!!

 

Apa Ada Di Dalam Kotak?

Untuk pengetahuan, set reviu yang kami terima adalah bukan untuk pasaran malaysia. Jadi terdapat beberapa item yang turut dihadirkan bagi pasaran Malaysia antaranya sebuah clear cover case, 25W travel adapter, kabel C-to-C, S pen tip dan AKG type c earphone.

 

Reka Bentuk Yang Mengoda

Dari mata terus ke hati, begitulah yang mengambarkan betapa elegan rekaan peranti ini. Tampil dengan ergonomic grip dan berat yang sangat ringan iaitu hanya 196g memberikan keselesaan ketika memegangnya dan rasa eksklusif.

Galaxy Note 10+ ini tampil dengan warna-warna yang menarik diinsiprasikan oleh cahaya. Hadir dengan 3 warna iaitu Aura Glow, Aura White dan Aura Black. Material kaca pada peranti ini mampu menangkap warna lantas menghasilkan sentuhan futuristik dan rasa premium.

Butang kuasa dan suara tersedia di bahagian kiri. Fungsi butang Bixby dihadirkan pada butang kuasa.
Di bahagian bawah tersedia port pengecas, speaker dan S Pen.
S Pen Disorok di bahagian bawah peranti.
Berikut adalah rupa paras keseluruhan peranti ini:

 

Spesifikasi Berkuasa Samsung Galaxy Note 10+

Bukan hanya rekaan yang eksklusif dan elegan, tetapi ia turut tampil dengan spesifikasi yang ‘raksasa’!!! Sangat berkuasa. Peranti ini tampil dengan pemproses yang sangat berkuasa iaitu Exynos 9825 dan dipadankan dengan 12GB dan storan sebesar sehingga 512GB membuatkan peranti ini melaksanakan tugasan dengan lancar. Lag, perlahan dan storan penuh yang menjadi masalah biasa bagi kebanyakkan telefon tiada pada peranti ini. Berikut adalah spesifikasi penuh:

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 10+
Sistem Operasi Androdi 9 Pie, One UI
Pemproses Samsung Exynos 9825
Paparan 6.8 inci QHD+ Dynamic AMOLED
Cinematic Infinity Display
RAM 12GB
Storan 256GB / 512GB
Kamera Utama 12MP + 12MP + 16MP + 3D Depth Lens
Dual Pixel, Dual Aperture, Live Focus Video, Super Slow-mo
Kamera Hadapan 10MP
Bateri 4,300mAh (Pengecasan Pantas 45W)
Wireless Charging 2.0
Keselamatan Pengimbas Cap Jari Ultrasonic, Pengecaman Wajah 2.0
Warna Aura White, Aura Black dan Aura GlowAura White, Aura Black dan Aura Glow
Harga RM4,199 (256GB)
RM4,799 (512GB)

 

Paparan Menggiurkan Buat Anda Rambang Mata!!!

Tak dapat disangkal lagi, peranti ini mempunyai paparan yang sangat AWESOME!!! Hadir dengan paparan bersaiz 6.8 inci dengan 19:9 bezel-less panel. Menariknya kamera hadapan pada skrin ini.

Dihadirkan pada bahagian atas dan terletak ditengah-tengah yang dikenali sebagai Infinity-O Display. Ia sekaligus memberikan perspektif baharu tontonan. Pada mula ia berasa sedikit janggal, tapi lama-kelamaan sudah biasa dan selesa.

Lebih menarik ia tampil dengan HDR10+ dengan Dynamic Tone Mapping memberikan tontonan yang terbaik! Warna yang terhasil adalah sangat menakjubkan dan mengagumkan.

Menonton dengan lama pada peranti ini sangat selesa dan tidak menyakitkan mata dengan mengurangkan cahaya biru pada paras pixel tanpa perlu mengorbankan warna pada paparan.

 

Kamera Yang Super AWESOME!!

# Kamera Utama

Tampil dengan sistem quad kamera iaitu 12MP + 12MP + 16MP + 3D Depth pastinya mampu menghasilkan gambar yang hebar dan cantik. Tampil dengan pelbagai fungsi menarik yang mampu mempelbagaikan rakaman anda. Terdapat Photo, Live Focus Video, Panorama, Food, Super Slow-mo dan pelbagai lagi.

Bagi memudahkan anda merakam gambar makro, pemandangan atau sebagainya, anda boleh memilih simbol ini di bahagian bawah. Ia memudahkan antara untuk memberi sudut dan fokus yang diperlukan ketika merakam.

Justeru anda boleh merakam menggunakan lensa wide angle 16MP yang memberikan 123°. Rakaman secara dekat juga boleh dengan 2x optical zoom pada 12MP Kamera Telefoto.

  • Filter

Filter turut dihadirkan untuk memberikan mood pada gambar yang dirakam. Antara Filter yang hadir adalah Original, Warm, Cool, Lolli dan sebagainya.

  • Night Mode

Rakaman waktu malam juga tidak mengecewakan apabila ia memperlihatkan hasil yang baik. Warna, ketepatan, fokus dan dapat dilaksanakan dengan baik.

 

# Kamera Hadapan Serius Cun Giler!

Galaxy Note 10+ ini dihadirkan dengan kamera hadapan yang memang cun giler iaitu 10MP. Seperti kamera belakang, ia turut hadir dengan fungsi yang sama kecuali ia tiada Food, Super Slow-mo, Slow-mo. Gambar swafoto anda memang sangat cantik. Barulah ada ‘confident’ nak post di media sosial!!!

  • AR Emoji

Anda pasti sudah bosan dengan AR Emoji yang sedia ada pada telefon bukan? Ini suatu yang menyeronokkan yang tampil pada peranti ini. Anda boleh menghasilkan AR Emoji sendiri. Caranya mudah sahaja:

Pilih AR Emoji => Tekan ‘Create My Emoji’ => Letakkan muka anda di dalam bulanan dan tekan rakam => pilih jantina => Emoji baru terhasil
Berikut adalah hasil gambar daripada Samsung Galaxy Note 10+:

Menerusi hasil gambar yang dirakam, dapat dilihat warna yang terhasil sangat baik, fokus juga sangat mengagumkan dan noise sangat kurang pada imej tersebut. Jadi rakaman tidak mengecewakan.

 

Kestabilan Rakaman Video

Tidak dapat dinafikan lagi, sepanjang kami menggunakan peranti ini, rakaman videonya sangat baik. Dengan kestabilan yang dimiliki, ia merakam dengan baik tanpa gegaran yang ketara walaupun kamera digerakkan.

Menariknya lagi, anda boleh mengawal sama ada mahu menggunakan Bokeh atau tidak ketika rakaman sedang dijalankan. Ia pastinya memberikan pespektif baharu ketika rakaman video.

Unik mengenai rakaman video menerusi peranti ini, anda boleh merakam video dan menjelaskan bunyi tertentu dengan zoom kepada subjek tersebut. Bunyi rakaman tersebut akan menjadi lebih kuat dan jelas. Wow kan!!!

Apa yang pasti, menerusi HDR10+ anda boleh merakam pada warna yang sangat baik dan tepat.

Anda juga boleh edit video yang dirakam terus pada peranti ini. Setelah rakaman selesai, anda boleh edit video tersebut dengan menekan pada simbol pensil yang terdapat di bahagian bawah sebelah kiri.

Tambah transisi slide ke slide => Tambah teks => Lukis Menggunakan S Pen => Kawal kelajuan video

 

S Pen Yang Dipertingkat

S Pen pada Galaxy Note 10+ antara tercanggih pada ketika ini. Dengan rekaan yang lebih elegan dan kemas, ia mampu melaksanakan tugasan dengan lebih baik tidak kiralah sama ada anda menulis, melukis atau melakukan kawalan menerusi S Pen ini.

Menakjubkan apabila baterinya mampu bertahan sehingga 10 jam ketika standby time.

Ia juga mampu bertindak sebagai alat kawalan. Anda boleh Play dan Pause video, merakam gambar menerusi kawalan dari S Pen.

Gerakkan S Pen mengikut atau melawan arah jam untuk merakam gambar yang lebih luas atau sebaliknya.

Gerakkan ke kiri atau ke kanan untuk menukar slide gambar di Gallery.

Ketika membuka aplikasi muzik, anda boleh mengawal suara dengan menggerakkan S Pen ke atas atau ke bawah.

Anda juga boleh menulis menggunakan S Pen ini dan boleh menukarkan menjadi teks yang mudah untuk di baca.

Untuk menjadikannya lebih menarik, anda boleh melukis dalam 3D dengan AR Doodle dan S Pen. Jadi rakaman video anda akan jadi lebih menarik!!

Cara menggunakan AR Doodle adalah sangat mudah:
Buka Aplikasi Kamera => Pilih Mod Video => Klik ikon AR Doodle => Pilih Face atau Everywhere => Pilih Pen => Lukis apa yang anda inginkan => Tekan Butang Rakam

Berikut adalah hasil rakaman AR Doodle:

 

Prestasi Gaming Yang WOW!!

Galaxy Note 10+ turut mempamerkan pengalaman gaming yang dioptimumkan. Rekaan Galaxy Note 10+ ini sahaja sudah cukup untuk memberikan keselesaan kepada pengguna ketika bermain menggunakan peranti ini. Ditambah dengan tontonan Infinity-O Display, memberikan kepuasan tontonan bermain pada perati ini.

Hadir dengan rekaan dengan Vapor Chamber Cooling System mampu menyejukkan peranti anda ketika bermain game. Turut disertakan dengan AI yang dipertingkat pastinya mampu memberikan kelancaran ketika bermain.

Kami telah menguji peranti ini ketika bermain Mobile Legend dan Asphalt 9 dan pastinya sangat memuaskan dengan grafik dan kawalan yang sangat lancar.

 

Bateri Yang Tahan Lama!!!

Peranti ini pastinya dihadirkan dengan bateri yang besar iaitu 4300mAh. Ia turut dipadankan dengan pengecasan pantas 45W. Ia pastinya mampu mengecas dengan sangat pantas dan menjimatkan masa anda!!!

Kami telah melakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini. Kami mula mengecas peranti ini pada jam 11.11 pagi ketika bateri berada pada 13%. Ia kemudian mencapai 100% pada jam 12.23 tengah hari. Mengambil masa hanya selama 1 jam 12 minit.

 

Keselamatan

Anda bimbang data peribadi yang di godam? Jangan bimbang kerana Samsung Galaxy Note 10+ ini hadir dengan Knox Security yang akan memberikan perlindungan kepada maklumat peribadi anda.

Ia hadir dengan Pengecaman Wajah dan Pengimbas Cap Jari Ultrasonic memastikan peranti anda lebih selamat. Pin, Pattern dan kata laluan turut boleh digunakan bagi melindungi peranti anda.

 

Ujian

Bagi melihat prestasi peranti ini, kami telah mengujinya menggunakan AnTuTu Benchmark dan GeeckBench 4. Seperti yang disangka, ia tidak mengecewakan dan mempamerkan prestasi yang terbaik. Berikut adalah hasil ujian tersebut:

#AnTuTu Benchmark

#GeekBench 4

 

Apa kata Editor

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy Note 10+ ini merupakan sebuah peranti yang sangat versatil dengan rekaan yang menakjubkan pastinya membuatkan anda jatuh cinta. Dengan spesifikasi yang terbaik dan fungsi kamera yang pelbagai memberikan perspektif baharu kepada anda.

Jadi ia pastinya sebuah peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki walaupun harganya sedikit mahal. Tapi ia sejajar dengan spesifikasi yang dihadirkan bersamanya! Jadi apa tunggu lagi, dapatkan sekarang pada harga RM4,199 (256GB) dan RM4,799 (512GB).

Berminat, boleh beli di:

___________________________

Artikel Berkaitan:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here