- Iklan -

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa peranti terbaharu HONOR 20 Pro ditunggu-tunggu oleh peminat di Malaysia. Keupayaan spesfikasi yang menakjubkan khususnya bagi kameranya membuatkan anda pasti tidak senang duduk untuk memiliki dan menggunakan peranti ini. Tetapi adakah keupayaan kameranya adalah hebat seperti yang diperkatakan? Jom kita lihat prestasinya!!!

Rupa Paras

Jika dilihat dari segi luaran, ia dilihat persis seperti HONOR 20. Dengan kemasan dan rekaan. Masih mengekalkan nilai eksklusif dari segi rekaannya. dan pengimbasan cap jari berada pada butang kuasa. Yang membezakannya adalah susunan pada kamera belakang apabila ia dihadirkan dengan sistem 4 kamera dan disusun seperti huruf L. Berikut adalah gambaran rupa paras peranti ini:

Spesifikasi Ringkas HONOR 20 Pro

HONOR 20 Pro bukan hanya mempamerkan rekaan yang eksklusif tetapi turut memberikan spesifikasi yang terbaik. Dengan kehadiran HiSilicon Kirin 980 serta aspek memori iaitu 8GB RAM dan 256GB storan mampu memaksimumkan penggunaan kamera peranti ini. Berikut adalah spesifkasi peranti ini:

Spesifikasi

HONOR 20 Pro

Paparan

6.26 inci HONOR FullView Display

Sistem Operasi

Android 9.0 Pie , Magic UI 2.1

Pemproses

HiSilicon Kirin 980

GPU

Mali-G76 MP10

Memori

8GB

Storan

256GB

Kamera Belakang

48MP(f/1.4) + 16MP (f/2.2) + 8MP(f/2.4) + 2MP(f/2.4)

Kamera Hadapan

32MP(f/2.0)

Ciri Menarik

Zum 3X Optikal dan Zum 30X Digital

Bateri

4000mAh (Pengecasan 22.5W)

Warna

Phantom Blue, Phantom Black dan Icelandic Frost

 

Kekuatan Kamera Yang Mempersona

Seperti yang diketahui, HONOR 20 Pro ini tampil dengan sistem 4 kamera iaitu 48MP(f/1.4) + 16MP(f/2.2) + 8MP(f/2.4) + 2MP(f/2.4). Jika dilihat dari segi ini sahaja sudah mampu mengagumkan anda kerana keupayaan kamera yang dihadirkan pada peranti ini.

Jadi tidak hairanlah peranti ini mendapat skor kedua tertinggi di dalam DxOMark Mobile ranking. Ini adalah bukti bahawa peranti ini mampu merakam gambar dan video yang sangat mengagumkan!

Kamera pada peranti HONOR 20 Pro ini boleh disesuaikan untuk mengambil gambar mengikut situasi, pemandangan dan subjek yang anda ingin rakam. Tidak kiralah sama ada anda ingin merakam gambar landskap menggunakan lensa sudut lebar, lensa telefoto untuk kejelasan yang lebih nyata ketika zoom, lensa makro untuk rakaman gambar yang cantik ataupun kamera utama untuk merakam setiap detik indah anda.

Ia turut hadir dengan pelbagai fungsi kamera yang menarik yang pastinya membuatkan rakaman anda lebih menyeronokkan. Kreativiti anda juga anda mengalir bak air terjun dengan kepelbagaian fungsi ini.Antara yang hadir adalah AR Lens, Slow-mo, Light Painting dan sebagainya.

Gambar Landskap Yang Mempersona

Seperti yang diketahui kamera ini tampil dengan kamera utama 48MP dan mampu merakam imej dengan kualiti yang sangat baik. Ditambah dengan Super Wide Angle lens yang mempamerkan 117 darjah membenarkan pemandangan yang lebih luas dapat dirakam. Ia akan memberikan kepada anda kreativiti tanpa batasan. Anda boleh merakam gambar lanskap dari pelbagai sudut mengikut kreativiti anda. Hasilnya pasti mempersonakan!!!

Imej Yang Jelas Dan Nyata

Keupayaan kamera 48MP ini mampu dipertingkatkan dengan cip pemproses Kirin 980 dengan Dual NPU dan Dual-ISP. Justeru, ia mampu membenarkan kamera peranti ini merakam perincian dengan kejelasan yang lebih baik. Sungguhpun anda merakam dari tempat yang jauh atau dari sudut tinggi.

Perincian Menakjubkan Menerusi Lensa Makro

Sudah menjadi trend pada ketika ini merakam gambar subjek secara dekat bagi merakam perincian yang lebih. Gambar bunga, serangga dan daun merupakan antara subjek yang popular untuk di rakam menggunakan lensa makro. Jarak rakaman lensa makro juga adalah sangat baik iaitu 4cm. Jadi, semakin dekat rakaman anda, semakin banyak perincian yang mampu dirakam. Menerusi Kamera HONOR 20 Pro ini, pemfokusan adalah lebih mudah dilaksanakan sungguhpun gambar diambil dari jarak yang sangat dekat.

Kestabilan Rakaman Yang WOW Giler!!!

Pada ketika ini, pengguna sangat mementingkan kestabilan rakaman. Anda pastinya tidak mahu pemandangan yang dirakam rosak hanya gara-gara sedikit gegaran ketika merakam. Namun dengan HONOR 20 Pro, masalah ini dapat diatasi kerana ia dihadirkan dengan 4 paksi Optical Image Stabilization (OIS). Anda juga dapat merakam video dengan dengan sangat baik dan stabil tanpa memerlukan bantuan peralatan rakaman.

Jadi merakam menggunakan HONOR 20 Pro dapat menghindarkan daripada sebarang gegaran ketika rakaman video. Kestabilan ini memberikan peluang buat HONOR 20 Pro merakam perincian dengan lebih banyak.

Rakaman Malam Terbaik Bagi Kelasnya!!

Pastinya anda tidak mahu terlepas sebarang saat-saat indah sungguhpun ia pada waktu malam. Dengan kekuatan dan keupayaan kamera ini pastinya menghasilkan gambar yang sangat cantik sungguhpun pada waktu malam.Tampil dengan Super Night Mode pada kamera utama dan OIS pastinya mampu menghasilkan gambar yang kemas, cantik dan lebih banyak perincian yang dapat dirakam. Warna dan imej adalah sangat jelas ketika kami merakam pada waktu malam menggunakan HONOR 20 Pro.

Slow-mo Yang Serius Awesome!!!

1 lagi kelebihan yang terdapat pada kamera Peranti HONOR 20 Pro ini adalah ia mampu melakukan rakaman dalam gerak perlahan (Slow-mo) dengan sangat baik. Ia mampu merakam slow-mo pada 970fps (frames per second) dalam 720p. Jadi anda mampu merakam lebih perincian ketika rakaman slo-mo ini. Berikut adalah hasil Slow-mo menggunakan peranti ini:

Kekuatan Zum Yang Terbaik

Tahukah anda, HONOR 20 Pro ini hadir dengan ciri 30x digital zoom bagi telephoto dan 1/2 inci Sony sensor. Pastinya ia mampu merakam gambar zoom dengan baik. Kini semuanya mampu berada di depan mata anda. Anda juga tidak memerlukan bantuan peralatan lain untuk merakam gambar yang baik. Sungguhpun anda melakukan Zum, namun anda masih dapat melihat perincian imej tersebut dengan baik. Berikut adalah contoh imej Zum peranti ini:

 

Rakaman Swafoto Yang Mengiurkan!

Seperti yang diketahui, HONOR 20 Pro ini dhadirkan dengan 32MP bagi kamera hadapan. Ia pastinya mampu merakam gambar swafoto yang sangat cantik, jelas dan mengiurkan. Kamera hadapan ini tampil dengan beberapa ciri yang sangat menarik iaitu AI Beautify dan portrait modes. Jika anda menggunakan Portrait mode ini, anda akan dapat lihat bahawa ia menghasilkan latar belakang yang kabur yang sangat baik. Subjek dapat diserlahkan dengan lebih baik. Keyakinan anda pasti akan lebih terserlah.

Hasil Gambar

Berikut merupakan hasil gambar yang kami telah ambil sepanjang menggunakan peranti HONOR 20 Pro ini.

Ujian

Kita telah lihat keupayaan kamera ini melangkaui jangkaan. Justeru kami juga telah melakukan beberapa ujian bagi melihat sejauh mana keupayaan dalamannya dengan mengujinya menggunakan AnTuTu benchmark dan Geekbench 4. Ia pastinya mempamerkan prestasi yang terbaik. Berikut adalah hasil dapatan ujian ini:

#AnTuTu benchmark

#Geekbench 4

 

Kapasiti Bateri Yang Besar

Seperti yang diketahui, HONOR 20 Pro ini hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4000mAh (22.5W HONOR SuperCharge). Ia pastinya mampu bertahan lama. Jadi anda tiada sebarang masalah mengenai bateri khususnya ketika anda merakam gambar dan video.

Justeru kami telah melakukan ujian pengecasan peranti ini. Kami mula mengecas peranti ini pada jam 2.09 petang ketika ia berada pada 9%. Ia kemudiannya mencapai 100% pada jam 3.40 petang. Mengambil masa hanya selama 1 jam 31 minit.

Komen Editor

Secara keseluruhannya, HONOR 20 Pro ini mempamerkan prestasi yang sangat menakjubkan khususnya bagi aspek kameranya. Secara peribadinya, kami sangat menyukai kamera dan ciri-ciri yang terdapat pada kamera peranti ini. Ia mampu menghasilkan gambar yang sangat baik dan video yang sangat stabil. Sejujurnya ia berbaloi untuk dibeli!!!

______________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here