Realme C2 Menyambut Varian Baharu – 2GB + 32GB Dijual RM399 Mulai 14 Ogos

705
**********

Realme Malaysia baru-baru ini telah mencatat rekod cemerlang sempena promosi Realme Day di bawah anjuran Shopee Super Brand Festival.

Hari ini Realme C2 membawa satu lagi varian baharu kepada peminat di Malaysia, yang mana 2GB + 32GB akan mula dijual pada 14 Ogos dengan tawaran harga RM399 di Store rasmi Realme Lazada.

Peranti bajet di bawah RM500 ini mempunyai skrin berukuran 6.1 inci HD+, kapasiti bateri sebesar 4,000mAh memberi kepuasan sepanjang penggunaan. Tambahan lagi cip pemproses Helio P22 dan hiburan kamera 13MP + 2MP serta 5MP kamera swafoto cukup dijadikan sebagai teman seharian anda.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here