Realme 5 Turut Rasmi – Hadir Dengan Snapdragon 665 & Bateri 5000mAh!!!

429

Selain Realme 5 Pro, turut dilancarkan adalah Realme 5 yang memberikan prestasi yang tidak mengecewakan.

Peranti ini tampil dengan skrin 6.5 inci Mini Drop Full Screen yang memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna.

Spesifikasi dalaman juga sangat baik apabila hadir dengan Snapdragon 665 dan hadir dengan CPU Kyro 260. Aspek memori pula disertakan dengan 3 varian iaitu 3GB + 32GB, 4GB + 64GB dan 4GB + 128GB.

Kamera juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan sistem 4 kamera dengan sensor ultra-lebar, kamera utama 12MP, lensa potrait dan juga lensa makro. Kamera hadapan pula disertakan dengan 13MP.

Aspek bateri pula sangat mengagumkan apabila ia tampil dengan kapasiti yang sangat besar iaitu 5000mAh.

Menariknya, peranti ini menjana Color OS 6 dan hadir dengan beberapa ciri baharu antaranya ialah Real Privacy.

Peranti ini bakal hadir dengan 2 varian warna iaitu Crystal Blue dan Crystal Purple. Harga jualan peranti ini adalah seperti berikut:

  • 3GB + 32GB – Rs 999 (kira-kira RM583)
  • 4GB + 64GB – Rs 10999 (kira-kira RM641)
  • 4GB + 128GB – Rs 11999 (kira-kira RM700)

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here