Realme 5 Pro Kini Rasmi – Sokong Snapdragon 712, 4 kamera Utama & Bateri 4035mAh

645

Realme baru sahaja melancarkan peranti terbaharu daripada Realme iaitu Realme 5 Pro. Peranti yang sangat berkuasa ini bakal dijual pada harga bermula dari RM817.

Menariknya peranti ini tampil dengan paparan skrin yang sangat baik iaitu 6.3 inci FHD+ Dewdrop Full Screen.

Dari aspek dalamannya pula adalah sangat menarik apabila ia tampil dengan sistem operasi Snapdragon 712 dan Adreno 616 yang memberikan prestasi yang memukau. Turut disertakan 3 varian bagi memori iaitu 4GB + 64GB, 6GB + 64GB dan  8GB RAM + 128GB ROM.

kamera juga sangat menakjubkan. Ia hadir dengan sistem quad kamera bagi kamera belakang iaitu 48MP + 8MP + 2MP + 2MP. Bagi kamera hadapan pula ia dihadirkan dengan 16MP.

Bateri peranti ini juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4035mAh yang mampu bertahan lama. Ia turut dihadirkan dengan VOOC Flash Charge 3.0.

Tampil dengan 2 warna yang sangat cantik iaitu iaitu Sparkling Blue dan Crystal Green. harga bagi peranti ini adalah seperti berikut:

  • 4GB + 64GB – Rs 13999 (kira-kira RM817)
  • 6GB + 64GB – Rs 14999 (kira-kira RM875)
  • 8GB + 128GB – Rs 16999 (kira-kira RM991)

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here