Program realiti hiburan Big Stage kini kembali lagi – untuk musim kedua! Musim kali ini dilihat sedikit berbeza apabila peserta datang daripada negara berbeza termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan.
Lebih menarik, vivo Malaysia masih kekal sebagai penaja utama program realiti berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Xu Mike berkata ini merupakan kali kedua vivo menjadi penaja utama dan menyokong program Big Stage. Tambah beliau, vivo begitu komited dalam menyokong platform yang memberi peluang kepada anak seni untuk bersinar.
Big Stage merupakan program realiti hiburan yang menjadi ‘jambatan’ untuk anak seni baru ‘bersinar’ dan menunjukkan bakal terpendam dalam industri muzik. Program ini menampilkan penyanyi terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Judika dan Cakra Khan bertindak sebagai juri utama.

Penawaran hadiah adalah menarik – pemenang utama berpeluang menerima wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi. Tempat kedua bakal mendapat wang tunai berjumlah RM50,000 dan ketiga akan membawa pulang wang tunai RM25,000. Bagi pemenang tempat keempat serta kelima masing-masing akan menerima RM10,000 dan RM5,000.
Big Stage 2019 bakal membuka tirai secara eksklusif bermula 18 Ogos 2019, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Ia juga boleh diakses menerusi Astro Gempak dan Astro Go.