OPPO Terus Unggul Di Tangga Kedua Selaku Jenama Telefon Terlaris Di Malaysia!!!

632
**********

Jenama peranti pintar terkemuka, OPPO memperkukuhkan kedudukan keduanya bagi 4 suku tahun berturut-turut sebagai jenama telefon pintar kedua tertinggi di pasaran Malaysia sejak dari suku tahun ketiga 2018 berdasarkan laporan daripada Canalys.

OPPO terus memperkukuhkan kedudukannya yang mencatatkan unit share sebanyak 20% iaitu 7 % di belakang Samsung. Menariknya ia memperlihatkan peningkatkan dari tahun ke tahun sebanyak 23%. Ia sekaligus menjadi yang kedua terpantas penghantaran telefon pintar dalam kalangan pesaing di Malaysia.

OPPO menduduki tangga ketiga ketika suku tahun pertama 2018 namun melonjak ke tangga kedua pada suku tahun ketiga 2018 yang memengang market share sebanyak 15.7% di Malaysia. Ketika F9, Find X dan siri R17 Pro dilancarkan di Malaysia, ia turus mendapat sambutan yang mengalakkan kerana ia menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat. Bermula dari itu, OPPO tidak memperlahankan rentaknya dan terus memancu kehadapan.

Dengan kemunculan peranti terharu daripada OPPO iaitu OPPO Reno 10x Zoom pastinya memperkukuhkan lagi kedudukan mereka. Tampil dengan 10x Hybrid Zoom dan 60x Digital Zoom yang pertama memberikan perspektif baharu dalam dunia fotografi. Hadir dengan pemproses yang berkuasa iaitu Snapdragon 855 dan aspek memori yang menakjubkan iaitu 8GB RAM + 256GB ROM pastinya mengagumkan.

Turut dihadirkan dengan kamera belakang yang sangat baik iaitu 48MP + 13MP + 8MP. Nisbah skrin ke kerangka juga sangat baik apabila mencatatkan 93.1% memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna. 1 lagi siri adalah OPPO Reno turut mempamerkan ciri yang sangat baik apabila hadir dengan pemproses Snapdragon 710.

OPPO Reno 10x Zoom dijual pada harga hanya RM3,399 manakala OPPO Rena (Versi Standard) dijual pada harga RM1999.

____________________________

Artikel Berkaitan:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here