OPPO 1 Hour Flash Fix Service – Baik Pulih Peranti OPPO Hanya Dalam Masa Satu Jam Sahaja!

607
- Iklan -

Hi gais! OPPO kini menawarkan perkhidmatan menarik, OPPO 1 hours Flash Fix Service – di mana korang boleh baik pulih peranti OPPO hanya dalam masa satu jam sahaja! Perkhidmatan ini dianjurkan selaras dengan usaha mereka untuk memberi pengalaman terbaik buat pengguna.

OPPO 1 Hours Flash Fix Service menyediakan perkhidmatan baik pulih dalam masa satu jam tanpa sebarang bayaran – kecuali peranti tersebut memerlukan penggantian bahagian dalaman yang baru. Pun begitu, OPPO tetap menyediakan perkhidmatan baik pulih secara percuma hanya untuk peranti yang masih dalam tempoh jaminan – kecuali kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian.

Sekiranya proses membaik pulih melebihi masa yang dijanjikan – OPPO akan memberikan hadiah menarik termasuk: OPPO Type-C cable, OPPO headphone dan banyak lagi sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan yang menunggu lama (bergantung kepada ketersediaan).

SENARAI LOKASI TERPILIH : 

Outlets Address Contact Number Operating hours
Kuala Lumpur OPPO service centre  Lot 1.35 C & D, First Floor, Podium Block Plaza Berjaya, 12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur 03-21103448 10.00am-7.00pm
Kuching OPPO service centre Groundfloor, Parcel No.B1.1, Lot 3338, The Laksamana Commercial, Jalan Laksamana Cheng Ho, 93350 Kuching, Sarawak. 082-549790 9.00am-6.00pm
Kota Bharu OPPO service centre S/27, PT 758, Ground Floor, Jalan Sri Cemerlang, 15300 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. 09-7405002 9.00am-6.00pm
Johor Bharu (ULU TIRAM) OPPO service centre 80, Jalan Gaya 1, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor 07-8620198 9.00am-6.00pm

 

Bagi yang berminat, OPPO 1 Hours Flash Fix Service kini tersedia di beberapa pusat servis OPPO terpilih di Malaysia [RUJUK SENARAI DI ATAS] . Maklumat lanjut, layari OPPO dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini. Jangan lupa like Facebook kami untuk lebih update!

 

 

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here