Nubia Z20 Diperkenal – Sokong Snapdragon 855+ & Binaan Paparan Dwi Skrin

944
**********

Nubia boleh dikatakan sebuah jenama yang cukup sinonim dengan peranti penuh inovasi. Boleh tengok sendiri contoh terdekat pada model lepas – Nubia X. Terkini, jenama tersebut muncul dengan sebuah lagi ahli baru di bawah segmen peranti mercu – Nubia Z20.

Peranti ini tampil berani dengan mengetengahkan beberapa ciri menarik – Rekaan paparan dwi skrin. Nubia Z20 membawakan paparan bersaiz 6.42 inci AMOLED dengan resolusi FHD+ untuk skrin utama (hadapan). Paparan kedua tampil dengan saiz lebih kecil – 5.1 inci AMOLED dengan resolus HD+.

Enjin dalaman dijana oleh cip pemproses Snapgragon 855+ (64bit) dan dibantu memori sehingga 8GB LPDDR4X bersama RAM sehingga 256GB (berasaskan UFS3.0). Sistem operasi digunakan adalan Android 9 Pie berasaskan antaramuka Nubia UI 7.0. Dimensi peranti adalah 158.63 x 75.26 x 9mm dengan berat sebanyak 186 gram.

Untuk kamera, peranti ini membawakn persediaan tiga (3) kamera dengan lensa : 48MP (Sony IMX586) (f/1.7) + 16MP + 8MP (telefoto). Terdepat juga LED Flash tersedia sejajar dengan kamera. Bateri disertakan adalah sebesar 4,000 mAh dengan pakej pengecasan pantas 27W. Sokongan pengimbas cap jari terbina pada paparan.

Tersedia dalam tiga (3) warna menarik – hitam, biru dan merah, Nubia Z20 ditawarkan di pasaran China pada harga seperti berikut :

  • Nubia Z20 (6GB + 128GB) – RMB3,499 (kira-kira RM2,079)
  • Nubia Z20 (8GB+128GB) – RMB3,699 (kira-kira RM2,197)
  • Nubia Z20 (8GB+512GB) – RMB 4,199 (kira-kira RM2,494)

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here