Nikmati Penawaran Menarik! Celcom Buka Pra – Tempahan Siri Samsung Galaxy Note 10 – Bermula 8 Ogos 2019

287

Samsung baru sahaja muncul dengan ahli baharu di bawah keluarga Galaxy Note iaitu siri Samsung Galaxy Note 10. Bagi menambah keriangan ramai, Celcom kini muncul dengan penawaran menarik bagi sesi pra-tempahan untuk peranti berkenaan. Penawaran menarik adalah seperti berikut :

  • Samsung Galaxy Note 10 (256GB) – RM3,699
  • Samsung Galaxy Note 10+ (256GB) – RM4,199
  • Samsung Galaxy Note 10+ (512GB) – RM4,799

Setiap tempahan didatangkan dengan hadiah percuma berupa Samsung Galaxy Buds, jaminan tambahan selama satu tahun dan seunit Samsung Battery Pack. Bagi yang berminat, sesi pra-tempahan ini dibuka bermula HARI INI – 18 Ogos 2019 menerusi mana-mana Celcom bluecube atau rakan kongsi sah Celcom. Pelanggan boleh mendapatkan peranti mereka bermula 22 Ogos 2019. Maklumat lanjut, layari Celcom.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here