Menangi Hadiah Menarik Bernilai RM800,000 Di Pesta OPPO Merdeka Fiesta Spin & Win!

675
**********

Menangi hadiah lumayan sempena OPPO Merdeka Fiesta! Ya, OPPO Malaysia ingin berterima kasih kepada penyokong setia mereka sepanjang tahun ini dengan mengadakan Promosi Merdeka Fiesta Spin & Win, untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia mereka.

Nilai hadiah menarik sehingga RM800,000 menanti anda semua membawa pulang, termasuk baucer OPPO Shopee bernilai RM10, pelindung skrin OPPO dengan jaminan tambahan sehingga 6 bulan, kabel USB atau kad Sandisk SD dan banyak lagi!

Cabutan bertuah layak bagi sesiapa yang membeli produk OPPO dengan tarikh resit bermula 1 Ogos hingga 2 September di Kedai Konsep OPPO, pengedar sah, rakan e-dagang Lazada dan Shopee atau Celcom, Digi dan Maxis.

Anda hanya perlu sertakan resit asli anda di Kedai Konsep OPPO terpilih (32 cawangan) dan mendapatkan spin untuk SEKALI SAHAJA. Cabutan bertuah dan penebusan hadiah bermula dari 22 Ogos – 2 September 2019.

Maklumat lanjut promosi, layari laman web rasmi OPPO Merdeka Fiesta.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here