Memacu Pertumbuhan PKS Malaysia Menerusi E-Dagang Melalui Kerjasama Lazada Dan KPDNHEP

181

Anda mesti kenal dengan jenama e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Lazada Malaysia kini telah bekerjasama dengan kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam meningkatkan aktiviti perdagangan dan program latihan bagi menyemarakkan lagi pertumbuhan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) dalam memacu ekonomi digital di Malaysia.

Justeru itu, kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ yang dirasmikan oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah diadakan.

Kerjasama ini akan menyaksikan Lazada dan KPDNHEP bakal melaksanakan beberapa inisiatif bagi mempromosikan dan meningkatkan kemahiran PKS tempatan melalui platform Lazada.

Kempen ini bakal menjadi salah satu daripada pengisian acara Persidangan Penjual WECOMMERCE 2019 yang bakal berlangsung pada 8 Oktober dari jam 8 pagi hingga 6 petang di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Bertemakan “Reinventing e-Commerce Together”, persidangan ini bakal menghimpunkan pakar e-dagang dan peruncit tempatan, serta rakan kongsi Lazada untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan para peserta disamping terlibat dalam pemadanan perniagaan semasa persidangan tersebut.

___________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here