Melihat Dunia Dalam Perspektif Baharu Menerusi Lensa OPPO Reno 10x Zoom Bersama Neelofa Dan Owen Yap

866
- Iklan -

Baru-baru ini, OPPO telah melancarkan peranti perdana terbaharunya iaitu siri OPPO Reno yang memberikan spesifikasi menarik khususnya pada kameranya yang mana ia dihadirkan dengan 10x zoom. Justeru, selebriti terkemuka Neelofa dan Owen Yap mengembara merungkai perspektif baharu dan merakam imej yang menakjubkan.

TVC berkolaborasi bersama Neelofa yang juga merupakan duta Reno 10x zoom menjelajah Ipoh sambil memperlihatkan keupayaan peranti ini merakam pemandangan yang indah di sana. Pelbagai tempat menarik telah dikunjungi yang memberikan inspirasi kepada beliau.

Beliau juga turut merakam pengembaraannya dengan lensa yang sangat baik dan rakaman 4K HD video yang ada pada OPPO Reno 10x Zoom.

Sementara Neefola menjelajah Ipoh,Owen Yap pula menjelajah Indonesia bagi melihat budaya tempatan yang sangat menarik. Beliau menjelajah kawasan yang tidak pernah dikunjungi, beliau juga berinteraksi bersama pendudukan tempatan dan melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Sungguhpun menghadapi pelbagai cabaran sepanjang pengembaraan beliau seperti kereta rosak, namun ia membuka ruang kepada beliau melihat dunia dari perspektif berbeza. Beliau turut mencabar dirinya dengan mendaki ke puncak gunung berapi.

Rakaman pengembaraan ini sangat mudah dilakukan menggunakan OPPO Reno 10x Zoom kerana ia dihadirkan dengan ultra-night mode dan wide-angle camera.

Dalam pada itu, bagi mereka yang ingin memiliki peranti terbaharu OPPO Reno 10X Zoom, Anda boleh menyertai peraduan ‘Beyond Your Vision Photography Contest’. Menariknya, pemenang berpeluang membawa pulang peranti siri OPPO Reno dan hadiah bernilai sehingga RM95000!!!

Terdapat beberapa kategori yang boleh disertai antaranya Story of The World, Story of Creativity, Story of The Night, Story of The People dan Story of Patriotism. Bagi menyertai peraduan ini, anda boleh ke laman sesawang OPPO Malaysia.

Bagi yang ingin menyaksikan pengembaraan tersebut, anda boleh menonton Neelofa dan Owen Yap di Youtube.

____________________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here